“Amysha! Amysha!...” Lamunan Farra Amysha terhenti setelah namanya dipanggil beberapa kali. ‘uhh..sampai tak sedar aku berangan!’ rungut Amysha di dalam hatinya. Akibat terlalu penat dan letih dia tenggelam dalam lamunannya sebentar tadi. “ Ada apa mak…?” soalnya kepada puan Mastura. “kamu tu balik sekolah muka macam ayam berak kapur je, penat sangat ke?” Amysha melangkah menghampiri ibunya. “Ya,mak. Tadi lepas kelas tambahan ada latihan bola jaring. Tak sempat nak rehat pun. Cikgu Junaidah terus arah kitaorang berkumpul kat tengah padang tu, dah la panas!” Amysha meluahkan perasan geram nya. Badannya yang masih dibaluti baju T-shirt sekolah lecun dengan peluhnya. “Dahla tu, pergi naik mandi,pastu solat asar terus.”Dia terus berlalu meninggalkan ibunya,dengan longlai dia melangkahkan kakinya mendaki anak tangga.
Sebalik saja dia menyelak daun pintu biliknya, dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik air di penjuru bilik tidurnya. ‘uh..segarnya!’ air yang disiram ketubuhnya ibarat mengalirkan satu ketenangan buatnya.
“Apa dosa saya bang? Apa dosa anak-anak kita? Kenapa abang berubah sampai begini sekali?” sayup-sayup kedengaran suara ibunya mendayu-dayu menagih simpati. Tentu ayahnya membuat ulah lagi. Hancur luluh hati gadis itu. Kenapa tiap hari perlu orang tua nya bertengkar. Getusnya didalam hati. Dia juga tidak berapa senang dengan sikap ayahnya akhir-akhir ini. Pulang ke rumah hanya untuk mengambil duit dari ibunya. Entah apalah dibuat diluar sana.
Dia juga sering menjadi mangsa kekejaman ayahnya. Pernah sekali, seminggu dia terlantar dirumah kerana badannya lebam-lebam akibat pukulan ayahnya. Yang dia hairan, kenapa ibunya tidak pernah manghalang dirinya diperlakukan begitu. Adakah ibunya juga bersetuju denagn tindaka n ayahnya. Soalan itu sering berlegar-legar difikirannya. Tapi tiada jawapan yang dia temui. Dia segera keluar dari bilik mandi,lalu memakai pakaiannya. Amysha membentangkan sejadah untuk menunaikan kewajipannya.
“Ayah balik ke tadi, mak?” soal Amysha sebaik sahaja melangkah kaki ke ruang dapur. “Kenapa mak? Mak gaduh dengan ayah lagi ke?” soalan Amysha dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Kedengaran ibunya melepaskan keluhan berat sambil mengesat airmata yang masih bersisa.
“Amysha tak payah masuk campur. Mak masih mampu menanggungnya seorang diri. Tugas Amysha hanya belajar. Tu je,faham!” Perit hati Amysha mendengar jawapan ibunya. ‘Buruk sangat ke aku ni,sampai aku tak layak berkongsi masalah dengan ibu ku sendiri.’ Amysha menahan sebak di dada. “Amysha hanya nak tolong mak. Bukan nak menyibuk..”
Mendidih hati Puan Mastura mendengar luahan anaknya. “Kau tu,kalau aku tak pelihara kau, aku tak tahulah kau jadi apa sekarang. Sedar diri tu sikit!!” Terpana Amysha mendengar kata-kata yang dituturkan oleh ibunya sesaat tadi. “Apa yang mak cakap ni? Amysha bukan anak mak ke??” Puan Mastura tersedar dari amarahnya tadi. Dia tidak terniat hendak berkata begitu. Tetapi dia terlalu sakit hati bila terkenag sikap kasar suaminya sebentar tadi. “Lupakanlah apa yang mak cakap tadi.” Hanya perkataan itu yang mampu dituturkannya. Perasaan Amysha tidak tenteram. Dia makin resah.
Rabu, 12 Mei 2010
epilog duka
Dicatat oleh Farra_Lonely_Lover di 7:14 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan