“Mysha..bangun sayang. Kita dah sampai ni.” Fazrul cuba mengejutkan Amysha dari lena yang panjang. Amysha bergeliat manja. Dia mengesat-gesat mata nya. Dirasakan segala lenguh sendi tulangnya. Mana tidaknya,sepanjang perjalanan mereka yang lama itu,Amysha hanya tidur . “kita dah sampai ke bang? Kenapa abang tak kejutkan Mysha” Tanya Amysha terpinga-pinga melihat persekitaran yang begitu asing baginya. “Kita dah sampai Kuala Lumpur ni sayang. Lena betul sayang tidur. Tak sampai hati abang nak kejutkan. Jom lah,abang dah check-in bilik untuk Mysha. Fazrul memimpin tangan Amysha keluar dari kereta.
Setibanya di pintu lif. Fazrul menghulurkan sesuatu kepada Amysha. “Sayang..ni kunci bilik. Sayang naiklah dulu. Bersihkan diri dan rehat. Abang ada hal kejap. Kawan abang tengah tunggu abang. Nanti abang belikan Amysha makanan. Jaga diri ya sayang, abang pergi kejap je!” Anak kunci bertukar tangan. “Erm..baiklah.” Amysha melangkah longlai ke dalam lif.
Fazrul yang berada didalam kereta memperlahankan volume radionya. “Hello, ya Joe. Aku dah sampai KL ni. Aku on the way ke tempat kau ni.” “ok aku tunggu.” Sahut Joe. Fazrul menekan pedal minyak menambah kelajuan kereta nya.
“Sayang..! sayang..! Kemanalah pulak Amysha ni. Mysha..!” panggil Fazrul setelah berada di dalam bilik hotel Amysha. Dia berasa hairan. Mengapa Amysha tidak menyahut panggilannya. Fazrul menuju ke bilik air. Dia memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Dia terkejut melihat Amysha yang sedang duduk sambil memeluk lutut. Pipi gadis itu basah dengan airmata. Dia teresak-esak.
“Sayang..kenapa ni. Janganlah macam ni. Janganlah sedih. Benda yang dah lepas tu biarlah berlalu. Kalau sayang terus-terusan macam ni, abang risau tau.”pujuk Fazrul sambil memeluk Amysha. Ditatapnya wajah gadis itu. Tangannya menyapu lembut airmata dipipi Amysha.
“Mysha berdosa bang! Mysha tak patut buat macam tu! Mysha serba salah!” rintih Amysha. Airmatanya seakan-akan tak mahu berhenti mengalir. Dia rasa sangat berdosa melarikan diri dari rumah. Namun dia manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesalahan. Memang dia sudah nekad dengan keputusannya sendiri. Tapi dia takut memikirkan apa yang bakal berlaku padanya selepas ini. Hanya Fazrul lah tempat dia bergantung harapan. Dia hanya berserah pada takdir. Fazrul memeluk erat tubuh Amysha.
“Abangkan ada.. jangan risau. Sayang jangan sedih. Abangkan selalu berada disisi sayang. Dan membantu sayang dalam apa jua situasi. Percayalah. Jangan fikir pasal keluarga sayang lagi. Abang sayang Mysha!” Dia tak sanggup melihat airmata di pipi Amysha.
Puan Rusliza menyarungkan sebentuk cincin platinum bertatahkan berlian ke jari manis Farisya Alynna. Selepas itu,Alynna tunduk menyalami tangan bakal mertuanya. Puan Rusliza memeluk erat tubuh bakal menantunya dengan harapan yang menggunung. Senyuman dibibir setiap tetamu menunjukkan tanda bersyukur dan tumpang gembira untuk tuan rumah. Namun orang yang paling bahagia dengan majlis ini ialah Engku Airell Aiman.
Gadis pujaannya kini telah diikat dengan janji setia untuk sama-sama menuju ke alam bahagia. Dari jauh Airell mencuri pandang raut wajah jantung hatinya yang kini telah menjadi tunangnya. Sungguh ayu Alynna berbaju kebaya sutera putih sedondong dengan tudung putih yang melilit di kepalanya.
Dia telah mengimpikan saat bahagia bersama gadis itu sejak pertemuan pertama lagi. Hubungan mereka terjalin sejak Alynna di bangku sekolah menengah lagi. Alynna pada waktu itu berada ditingkatan lima. Airell lah yang banyak member dorongan dan semangat pada Alynna. Waktu itu,mereka tinggal berjiran di Kampung Pandan Indah. Namun hubungan mereka terputus seketika kerana keluarga Alynna berpindah ke Putrajaya. Kalau sudah jodoh,tak kemana. Begitulah hubungan dia dengan Alynna. Airell bertemu Alynna kembali di sebuah shopping mall di Bandaraya Kuala Lumpur.
Sejak itu hubungan mereka kembali akrab. Sekali lagi mereka diuji dengan berita Alynna menerima tawaran belajar di University of Manchester. Hubungan jarak jauh antara Airell dan Alynna memang banyak dugaan dan cabaran. Sorang di Old Trafford,sorang lagi di Malaysia. Hanya kesetiaan dan kejujuran yang menjadi sandaran pada hubungan mereka. Sekembalinya gadis itu ke Malaysia, Airell terus melamarnya menjadi permaisuri di mahligai cinta mereka.
Pagi itu suasana riuh di jabatan pemasaran Nassa Techno Builder Sdn Bhd tiba-tiba menjadi sunyi-sepi setelah mendengar berita tentang majlis pertunangan pengurus pegawai pemasaran mereka. Semua pekerja seakan tidak percaya dengan berita yang baru diterima.
Bos di bahagian pemasaran yang sering menjadi rebutan bukan saja pekerja wanita di jabatan itu saja malah menjadi gilaan pekerja wanita dibangunan yang bertingkat 12 itu, sudah menjadi tunangan orang. Oleh kerana ketampanan wajah bos mereka itu tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata dan ditambah pula dengan sikap bos mereka yang ramah dan mudah tersenyum dapat mencairkan setiap hati yang memandangnya.
Yang paling kalut sekali mendengar berita ini ialah setiausaha pengurus pegawai pemasaran,Naz Adliana. Mana taknya, dia telah lama menaruh hati pada bos nya. Dia bertambah yakin dapat memikat bosnya itu,kerana setelah 3 tahun bekerja di bawahnya,bosnya tidak pernah menunjukkan bahawa dirinya sudah berpunya.
Namun berita yang baru didengarnya tadi telah membuat dia tak senang duduk menunggu kehadiran bosnya. Dia tak puas. Dia ingin mendengar dari mulut bosnya sendiri tentang kebenaran cerita itu. “aku tak puas hati! Mungkin Khairul sengaja mengada-ngadakan cerita. Dia memang tahu tentang perasaan aku kat bos. Dia memang sengaja nak buat aku sakit hati”ngomel Naz sendirian.
“Ehem..apa yang awak membebel pagi-pagi ni Naz. Kenapa muka awak tak ceria ni? Ada masalah ke?”soal Engku Airell Aiman. Dia melihat setiausahanya membebel sendiri sejak dari dia melangkah ke arah pintu biliknya tadi. Naz terkejut dengan sapaan bosnya. Akhir dia tersenyum sebelum menjawab persoalan majikannya itu. “maaf ya bos. Saya tak sedar bos masuk tadi. Saya tak ada apa-apa masalah. Saya ok je,”gadis itu tersenyum lagi. Ingin menunjukkan air muka yang ceria.
“o..tak apalah. Saya ingat awak ada masalah besar tadi. Masuk bilik saya sekarang ya. Bawa buku catatan. Saya nak awak buat teks untuk mesyuarat kita dengan syarikat MDF Holdings esok. Masuk sekarang ya.”terang Airell sebelum melangkah masuk ke biliknya.“Dia dengar ke aku cakap apa tadi. Kalau dia dengar matilah aku. Tapi mengikut percakapannya tadi tak kot. Nasib baiklah.” Naz Adliana meraut muka,lega dengan keadaan yang mencemaskannya tadi.
“bos..maaf ya. Lambat sikit. Saya pergi toilet tadi.” Risau juga Naz Adliana. Mana lah tahu bos nya itu tiba-tiba mengamuk. Memang nasib malanglah dia hari ini. “ok lah..awak catat apa yang saya nak cakap ye.” Engku Airell Aiman terus memberitahu tentang perkara yang ingin di sebut dalam mesyuarat esok. Hampir setengah jam Airell menerangkan semua maklumat yang ingin di bangkitkan. Tangan Naz Adliana pun sudah mulai lenguh mencatat apa yang diberitahu bosnya.
“Ok lah Naz. Saya rasa itu saja. Awak tolong letak teks saya tu kat atas meja saya selewat-lewatnya pukul 10pagi esok. Ada apa-apa yang awak nak tanya saya lagi?” soal Airell sambil memandang kearah setiausahanya. “Kalau berkaitan dengan apa yang bos cakap tadi,memang tak ada masalah. Tapi boleh tak saya nak tanya sesuatu berkaitan dengan hal peribadi bos?” seram juga Naz sebenarnya bertanyakan hal itu dengan Airell. Walaupun Airell agak peramah orangnya,tapi dia seorang yang perahsia. Apalagi kalau soal peribadi. Namun hatinya tak akan tenteram selagi dia tak dapat kepastian dari Airell sendiri.
“Awak nak tanya apa? Kalau boleh jawab,saya jawab.” selamba saja muka Airell sewaktu menuturkan ayat itu. “betul ke saya dengar cerita, bos bertunang semalam? Kenapa tak ajak kiteorang?” Naz tersenyum. Airell membalas senyuman Naz Adliana. Lama juga masa yang yang diambil oleh Airell untuk menjawab pertanyaan Naz Adliana. ‘apalah yang dia pikir. Jawab-jawab je lah. Buat aku suspen aje.’getus Naz Adliana didalam hati.
“Saya tak buat majlis besar-besar. Ajak saudara-mara je” Riak wajah Naz Adliana menunjukkan reaksi terkejut. “Hubungan kami dah lama terjalin. Lebih kurang 5tahun. Memang banyak dugaan dan cabaran,tapi kami kental menghadapinya. Mungkin dah tertulis jodoh saya dengan dia. Saya bahagia sangat dapat memiliki gadis yang saya cintai!”
Airell bangga dengan cintanya. Ada sesetengah pasangan yang susah untuk bersatu. Tak kurang juga cinta yang terhenti di pertengahan jalan. Namun baginya,itu semua nasib dan jodoh seseorang. Mungkin Tuhan dah ciptakan insan yang lebih baik dari insan sebelumnya. Dia teringat bait-bait lagu nyanyian kumpulan Slam..
Menyesal aku kerana menyangka ..
Nasib tak menyebelahi cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita….
Ya. Kita patut merasa bersyukur. Walaupun percintaan kita kecundang di tengah jalan. Namun Tuhan masih ada. Cinta yang abadi dan kekal untuk selamanya.
“takpelah bos. Semoga bos berbahagialah disamping orang yang bos cintai. Kami disini tumpang bahagia. Tahniah ya,bos!” ujar Naz Adliana lalu bangun dari kerusi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Padahal hatinya bagai dihiris dengan sembilu. “Terima kasih. Awak pun cepat-cepatlah kahwin ye!” tutur Airell sambil tersenyum manis,mengusik pekerjanya.
Khamis, 13 Mei 2010
bab 2
Dicatat oleh Farra_Lonely_Lover di 10:49 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan