Khamis, 13 Mei 2010

bab 3

Sudah hampir 3bulan Amysha berada di Kuala Lumpur. Sekarang dia tinggal di sebuah rumah sewa bersama dengan Fazrul. Dia melayan Fazrul seperti suaminya walaupun mereka belum berkahwin. Sedang dia asyik menonton televisyen. Pintu rumahnya diketuk. Wajah sugul Fazrul muncul setelah pintu dibuka oleh Amysha.
“Lewat balik hari ni bang. Banyak kerja ye.” Amysha cuba berbahasa dengan Fazrul. Namun renungan tajam Fazrul membuat mulutnya terkunci untuk bertanya lebih lanjut. “Kau sibuk kenapa? Aku tak menyusahkan kau kan! Aku bukan suami kau! Pergi naik atas! Aku tak sanggup tengok muka kau!” terketar-ketar badan Amysha mendengar teriakan Fazrul.
“kenapa bang? Kenapa jadi macam ni. Mysha buat salah ke?” Amysha tak puas hati. Kenapa dirinya diperlakukan begitu. Memang begitu lah sikap Fazrul akhir-akhir ini. Apabila pulang ke rumah, pasti dengan muka masam. Mengamuk dan menghina Amysha dengan kata-kata kesat. Amysha pun hairan dengan perubahan sikap Fazrul. apakah dia ada masalah? Fazrul yang begitu penyayang dan romantik boleh berubah dengan mendadak.
Kadang-kadang dirinya menjadi mangsa kemarahan Fazrul. Sampai berbalun lengan Amysha dipukul dengan tali pinggang. Namun Amysha terpaksa redha diperlakukan begitu. “yang kau tercegat kat situ tu kenapa? Pekak?” tengking Fazrul.
“kenapa abang buat Mysha macam ni?” kolam mata Amysha mula berkaca. Amysha takkan duduk diam malam ni. Biarlah apa-pun berlaku. Dia sudah tidak tahan dengan perangai gila Fazrul. Dia bukan mahu bertengkar dengan Fazrul. Tapi dia hanya ingin mengetahui apa yang berlaku,sehingga Fazrul boleh jadi begitu.
“yang sebenarnya Abang ada masalah.” Nada suara Fazrul tiba-tiba berubah. Dia menghampiri Amysha lalu memegang bahu gadis itu. Matanya merenung tepat ke dalam mata Amysha. Fazrul cuba meraih simpati Amysha. “abang ada masalah apa? Ceritalah kat Mysha. Kalau boleh bantu,Mysha bantu.” Amysha cuba untuk meringankan beban yang ditanggung Fazrul.
“syarikat abang bankrap. Hutang di bank abang tak dapat bayar. Itu belum ditambah dengan hutang dengan kawan-kawan abang. Matilah abang kali ni. Kalu abang tak dapat bayar semua hutang-hutang tu. Abang akan didakwa.” Ujar Fazrul dengan nada teramat risau. “kalau bab tu, Mysha tak dapat nak bantu. Mysha mintak maaf. Mysha pun bergantung dengan Abang. Tapi kalau abang ada cara bagaimana Mysha boleh bantu,Mysha bantu.” Tutur Amysha luhur.
Fazrul tiba-tiba teringat tawaran kawannya,Joe.Tapi dia sayangkan Amysha. Cintakan Amysha. Serabut fikiran Fazrul ketika itu. Antara cinta dan kepentingan dirinya. Namun cinta perlukan pengorbanan. Amysha harus berkorban demi cintanya. Ya! Amysha harus berkorban.
“baiklah..kalau Mysha nak tolong abang. Malam esok kita keluar ye.” “kalau itu boleh membuat abang gembira,Mysha kan turut.” Fazrul memeluk tubuh Amysha. Lelaki itu tersenyum. ‘maafkan abang Amysha!’ hati Fazrul menjerit. Namun apa boleh buat. Dia tak sanggup hidup dalam keadaan seperti itu. Walau apapun berlaku, cintanya hanya untuk Amysha. Dan takkan mungkin ada gadis lain dapat mengganti posisi Amysha dihatinya.
Keesokkan harinya,Fazrul tidak pergi ke tempat kerja seperti biasa. Seawal jam 6 dia sudah bangun. Dia membersihkan rumah dan menyediakan sarapan untuk Amysha. Sedang asyik dia menghidangkan sarapan diatas meja. Amysha tiba-tiba mengenjah ke dapur. Dia agak terkejut melihat Fazrul dan sarapan yang terhidang diatas meja.
“abang buat apa ni? Kenapa tak bangunkan Mysha?” soal Amysha kehairanan. Fazrul menguntum senyuman yang menawan pada Amysha. “saja je abang buat semua ni. Lagipun abang tak kerja hari ni. Sekali-sekala abang buatkan sarapan kat sayang. Tak salahkan?” sudah lama Fazrul tidak memanggil Amysha dengan panggilan itu. Amysha memang agak hairan dengan kelakuan Fazrul hari ini. Lelaki itu begitu romantik. Dia melayan Amysha seperti seorang puteri. Kelakuan Fazrul berlanjutan sampai ke petang. Dan buat kali pertamanya, Fazrul mengajak Amysha untuk membeli-belah di shopping mall.
“Sayang pilihlah baju yang sayang suka. Abang nak sayang berpakaian cantik malam ni untuk makan malam kita.” Amysha bertambah hairan. Apalah agaknya perkara yang dia akan lakukan untuk membantu Fazrul malam ini. Amysha turutkan jua kehendak Fazrul. Lagi pun dia bahagia dilayan sebegitu oleh Fazrul.
Amysha mengenakan pakaian yang dibeli oleh Fazrul tadi. Dia mencalitkan gincu ke bibir mungilnya. Setelah lama di menatap wajahnya dihadapan cermin, dia telah berpuas hati dengan penampilannya. Baju blaus yang di belinya tadi agak seksi kerana potongan leher baju itu agak luas sehingga menampakkan leher Amysha yang jinjang dan separa dari dadanya. Dipadankan pula skirt jeans labuh berwarna hitam yang agak feminine rekaannya.
Amysha menyisir rambutnya yang mengurai ke sebelah kanan dan meletakkan penyepit rambut berbentuk rama-rama di atas telinga kanannya. Dia kelihatan sungguh ayu. ‘emm..dah lama aku tak melaram begini’ getusnya didalam hati.
Dia melangkah kaki keluar dari biliknya. Fazrul sedang menunggunya di ruang tamu. “bang..Mysha dah siap. Jom kita pergi.” Amysha menegur Fazrul yang sedang leka menonton siaran di televisyen. Apabila terpandang penampilan Amysha malam itu, hati Fazrul seakan berhenti berdegup. “cantiknya sayang malam ni” Fazrul bingkas bangun menghampiri Amysha lalu mencium dahi Amysha. “abang cintakan Mysha,walau apapun berlaku!” “Mysha pun cintakan abang.” Balas Amysha berserta dengan senyuman yang sungguh indah.


Itulah pertama kalinya Fazrul Azzfar membawa Farra Amysha ke restoran mewah. Selalunya mereka hanya makan di warung mamak atau restoran-restoran biasa saja. Restoran Arjuna Hati. Nama restoran yang cukup indah. Seindah dengan hiasan dalaman restoran itu. Di setiap sudut restoran itu dihiasi dengan landskap menarik yang disertakan dengan air pancut buatan yang pelbagai bentuk dan corak.
Fazrul dan Amysha menuju ke meja yang terletak di suatu sudut yang agak tersorok. Hiasan meja itu diserikan dengan dua batang lilin merah yang membangkitkan suasana romantik. Setelah Fazrul dan Amysha duduk,seorang pelayan berbaju merah jambu menghampiri mereka dan menghulurkan menu. “Sayang pilihlah apa yang sayang nak makan. Malam ini malam yang kita berdua.” Dengan senyuman dan anggukan dari Amysha, Fazrul merasakan amat bahagia.
Fazrul dan Amysha meninggalkan restoran Arjuna Hati satu jam kemudian. “kita nak kemana pula lepas ni bang.”soal Amysha kehairanan kerana Fazrul tidak melalui jalan yang dilaluinya sebentar tadi. Namun Fazrul hanya membalas persoalan Amysha dengan senyuman.
Hampir lima belas minit perjalanan, Fazrul membelokkan kereta ke pintu masuk Kuala Lumpur International Hotel. “kita nak buat apa kat sini bang?” Amysha tidak senang hati. “Mysha cakap nak tolong abangkan.” Ada nada keras di sebalik suara Fazrul.
Setelah memarkirkan kereta, Fazrul dan Amysha berjalan memasuki lobi hotel dan menuju ke kafetaria. Fazrul mengangkat tangan pada seorang lelaki Cina yang duduk di meja hujung. Mereka berjalan menghampiri meja itu. “hai,joe! Sorrylah lambat sikit. Ni I kenalkan pada you Farra Amysha. Girl yang I cerita kat u dulu.” Amysha berjabat tangan dengan lelaki yang bernama Joe itu. “what the beautiful girl. So sexy!” Joe tersenyum sinis. Amysha tidak senang dengan cara Joe merenungnya. Lelaki itu merenungnya seperti mahu menelan Amysha.
“ini baki payment u. So sekarang girl ni I punya!” itulah kata-kata yang dituturkan oleh Joe sebaik saja mereka duduk. Riak wajah Amysha berubah tiba-tiba. “apa semua ni bang?? Siapa lelaki ni? Kenapa dia cakap Mysha milik dia?” Amysha sudah tidak sabar. Fazrul hanya membatukan diri. Amysha mengoncangkan tubuh lelaki itu. “Ray, Shah. Bawak pompuan ni ke dalam kereta!” dua lelaki yang berdiri di tepi dinding segera menghampiri Amysha dan mencengkam tangan Amysha.
“bang! Tolong Mysha bang! Tolong! Mysha tak nak pergi dengan dieorang! Mysha takut!” airmata Amysha berguguran ibarat manik yang terputus dari untaiannya. Fazrul tidak menoleh pun melihat Amysha. Dia tidak memperdulikan raungan Amysha. “kenapa abang buat Mysha macam ni?” Amysha sudah hilang pertimbangan. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri dari dua lelaki itu. Namun apakan daya. Dia tidak mampu melawan kekuatan dua lelaki itu.
Amysha dibawa pergi. “thanks,Bro!” ungkapan terakhir dari Joe sebelum dia melangkah mengikuti dua lelaki tadi. Airmata Fazrul akhirnya jatuh juga. “maafkan abang sayang! Abang terpaksa!” tutur Fazrul perlahan.

Sejak malam itu, Amysha dipaksa untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan di kelab malam milik Joe. Amysha terpaksa melakukan kerja itu. Jika tidak dia akan disiksa oleh Joe. Pernah sekali sampai seminggu dia tidak diberi makan kerana tidak mahu bekerja di kelab malam itu.
Sejak kejadian itu, dia menurut saja apa yang diarahkan kepada dirinya. Walau bagaimanapun Amysha tetap mempertahankan kesuciannya. Dia hanya melayan pelanggannya minum dan menari. Ada pelanggan yang menginginkan tubuhnya. Namun dia memberi seribu alasan untuk tidak melakukan perkara terkutuk itu.

Engku Airell Aiman memandu Honda Accordnya menuju ke Restoran Mentari Malam. Dia sudah berjanji dengan tunangnya untuk makan malam disitu. Sejak dari majlis pertunangan itu, sudah hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan Farisya Alynna.
Rindu ingin menatap wajah ayu Alynna sudah menggebu didada. Dia terpikat dengan sikap Alynna yang manja, ceria dan peramah. Alynna juga mempunyai senyuman yang menawan yang boleh membuatkan Airell selalu memikirkannya.
“Hai, sweetheart! Dah lama tunggu? Sorry ya Ayie lambat. Jalan jam tadi. Ada accident.” Tegur Airell. Alynna berpura-pura merajuk. Sudah lama dia tidak bermanja dengan buah hatinya. “Alyn marah Ayie ya? Sorry la. Ayie tak sengaja. Bukan Ayie mintak pun jadi macam ni. Ayie tak sabar-sabar nak jumpa Alyn. Kalau Ayie ada sayap dah lama Ayie terbang ke tempat Alyn.”
Alynna tetap membatukan diri. Dia bukan sengaja mahu bersikap begini, tapi sudah sejam dia menunggu Airell. Biarkan Airell rasa. Airell mula resah. Masakkan pertemuan ini akan tetap hambar begini. Dia berfikir sejenak.
Dia bangun dari kerusi dan menuju ke ruang tengah restoran yang menempatkan sebuah pesta mini dan sekumpulan pemain muzik diatas pentas itu. Sudah menjadi keistimewaan restoran ini, para pelanggan boleh menyanyi atau membuat permintaan lagu. Airell membisikkan sesuatu di telinga pemain keyboard yang memakai baju hitam bercorak merah.
“Saya ingin dedikasikan lagu ini untuk tunang saya yang tersayang, Farisya Alynna yang duduk di meja di hujung sana tu. Saya mencintainya dengan setulus hati saya. Dan saya berharap agar anda semua mendoakan kebahagiaan kami. Semoga anda semua terhibur.” Alynna terkejut kerana namanya disebut oleh Airell. Dia tersenyum bahagia kerana Airel melafazkan cintanya dihadapan orang ramai. Muzik pun mengalun dengan syahdunya.
Hanya padamu ku serahkan segalanya
Kau bertakhta dinurani anggun cintamu abadi
Hanya padamu pertama dan yang terakhir
Pohon cintaku merendang disirami
Jiwaku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaianmu
Cintamu selembut sutera
Menjadi saksi kasihku
Tiada dua hanyalah satu
Kau yang ku cintai…
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku tempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi dihatiku
Seulas bibirmu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari matamu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak
Saujana membiru
Cerahlah wajahmu
Di rimba senduku
Menjadi hamparan…
Cinta suci….
Tepukan gemuruh bergema setelah Airell selesai mendendangkan lagu itu. Alynna bingkas bangun apabila melihat Airell berjalan kearahnya. “thanks Ayie!! Best sangat lagu tadi. And I love you too!” Alynna meluahkan perasaan terharunya. “ I will do anythings to make you happy and keep smiling sweetheart!” memang Airell akan melakukan apa saja untuk membuat gadis pujaannya bahagia. Airell amat mencintai Alynna. Begitu juga Alynna. Namun perjalanan hidup masih panjang. Kita tak mengetahui apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Malam itu, Joe membawa Amysha ke sebuah tempat yang tidak Amysha ketahui dimana. Amysha hanya menuruti apa saja arahan Joe. Dia sudah putus asa untuk hidup sejak orang yang paling dia cintai sanggup menjual dirinya. Dan sejak itu dia membenci setiap lelaki. Sakit hatinya bila memikirkan kenangannya bersama Fazrul. Kasih sayang dan cinta Fazrul pada dirinya rupanya sandiwara semata-mata.
Joe membawa Amysha bertemu seorang lelaki yang sudah agak tua. Namun penampilannya agak kemas. Mungkin lelaki tua itu seorang yang kaya. “saya akan bayar berapapun, yang penting perempuan ini jadi milik saya.” Lelaki tua itu bersuara. Joe tersenyum. “ok bos. I mau lima ratus ribu ringgit cash.” Lelaki tua itu mengeluarkan sebuah beg berwarna hitam. “ saya dah sediakan duitnya. Semuanya ada dalam beg ni.” Lelaki tua itu bersalam dengan Joe. “perempuan ni milik you sekarang.”
Amysha ditinggalkan bersama lelaki tua itu. Setelah itu, lelaki tua itu membawa Amysha ke tempat letak kereta. “masuklah. Malam ini awak dah bebas!” Amysha agak terkejut mandengar kata-kata lelaki itu.
“mula-mula saya terpandang awak pada malam saya menemani rakan kongsi saya minum di kelab tempat awak bekerja. Saya pun tak tahu kenapa, apabila saya melihat awak saya berasa sangat kasihan. Saya seperti melihat anak saya. Sejak itu saya perhatikan awak di kelab malam itu. Awak bukan seperti pelayan yang lain. Saya tahu awak perempuan yang baik. Awak cuma mangsa keadaan. Saya cuba bertanya tentang awak dengan pekerja disitu. Mereka kata awak dari kampung. Kekasih awak yang menjual awak pada Joe. Dan mulai saat itu, timbul niat dihati saya untuk membantu awak bebas dari tempat itu. Dan alhamdulilah, sekarang awak dah selamat.” Tutur lelaki itu setelah kereta yang dipandunya meluncur laju.
Airmata dipipi Amysha mengalir. Masih ada lelaki yang tulus seperti lelaki ini. “terima kasih encik. Saya terhutang budi dengan encik. Saya tak tahu bagaimana hendak membalasnya.” Tutur Amysha dalam keadaan terharu bercampur sebak. Dia seakan tidak percaya dirinya sudah bebas dari cengkaman Joe dan tempat yang hina itu. “awak sabarlah. Awak jangan risau. Awak dah selamat. Lepas ni awak boleh tinggal dirumah saya.”
Lelaki tua itu membawa Amysha ke sebuah rumah yang terletak di Bukit Kiara. Kelihatan dari jauh rumah banglo berwarna biru putih tersergam indah setelah lelaki itu membelokkan keretanya memasuki pintu gerbang utama kawasan rumah agam. “ini rumah saya. Mari kita masuk.” Lelaki itu mempelawa Amysha masuk.
Sebaik saja Amysha melangkah kaki kedalam rumah itu, dia disambut oleh seorang perempuan yang berusia lingkungan 50an. “mari masuk nak. Anak boleh panggil mak cik Mak Yam. Tentu anak ni Farra Amysha kan. Tuan Nasharuddin banyak cerita pasal anak dengan Mak Yam dan Pak Din.” Perempuan itu menegur Amysha dengan ramahnya. “Mak Yam nak panggil apa anak ni. Mak Yam panggil Farra ye. Boleh?” Amysha tersenyum. “apa-apapun boleh Mak Yam, tapi biasanya orang panggil saya Mysha.” Amysha memaniskan mukanya.
Tuan Nasharuddin yang sejak tadi hanya berdiam diri berdehem. “Dahla tu Yam. Bawa Mysha ke biliknya. Tentu dia penat. Biarkan dia berehat. Esok-esok boleh berborak lagi.” Mak Yam mengangguk.“mari Mysha,Mak Yam tunjukkan bilik.”
Amysha menghampiri Tuan Nasharuddin. “terima kasih banyak-banyak Tuan.”tutur Amysha dengan perasaan yang terhutang budi dan bersyukur. “mulai hari ini Mysha boleh panggil saya Ayah Din. Lagipun umur Mysha sebaya dengan anak saya.” Tuan Nasharuddin memegang bahu Amysha. “terima kasih Ayah Din.” Amysha tersenyum. Dia mengekori Mak Yam ke tingkat atas rumah itu.

0 ulasan: