Hari Sabtu yang indah. Pagi itu Airell bangun awal. Dia berniat untuk meluangkan masa hujung minggunya di rumah ladang milik keluarganya yang terletak di Batu Pahat. Kalau dari rumahnya di Putrajaya, hanya beberapa jam saja perjalanan. Tapi mungkin kali ini dia bercuti di Batu Pahat agak lama. Sudah hampir tiga bulan dia tidak kesana kerana terlalu sibuk dengan tugas dipejabatnya yang semakin hari semakin bertambah.
Setelah selesai bersarapan dia mencapai handphone Nokia N92 nya yang terletak di atas meja lalu berjalan menuju ke halaman tepi rumah banglo milik keluarganya.
“hai..sweetheart! tengah buat ape tu? Ke baru bangun ni? Hmmm?” Airell menyapa orang yang berada dihujung taliannya. “hello..sayang. Alyn baru siap sarapan dengan ibu. Ni ada dalam bilik, niat tadi nak kemas-kemas la sikit. Eh…sorry ye..Alyn dari pukul 5.30 lagi bangun tau! Oh..ya..Ayie call pagi-pagi ni nak apa? Rindu Alyn eh?” Alynna sengaja memanjakan suaranya.
“Ayie ingat nak ajak Alyn teman Ayie pergi Batu Pahat. Sekarangkan tengah musim buah. Boleh kita makan buah puas-puas kat sana. Alyn nak ikut tak? Ke Alyn ada program lain hari ni?” Airell menyampaikan niatnya kepada buah hatinya.
“Alah…Alyn dah janji dengan Syuhada nak teman dia pergi shopping. And the bad thing, Alyn dah tak boleh nak cancel. Kan hari tu kita dah spent banyak masa untuk persiapan pertunangan kita. Alyn minta maaf ye. I hope you will understand.” Alynna merayu simpati Airell. Dia memang tak boleh batalkan janjinya dengan Syuhada. Nanti apa pula kata kawannya itu.
Airell tidak kecil hati dengan jawapan Alynna tadi. Dia pun mempunyai kawan-kawan dan selalu menghabiskan masa bersama mereka. Alynna tidak pernah merungut soal itu. Lain kali dia boleh berjumpa dengan tunangnya itu. Lagipun Suraya itu teman rapat Alynna sejak dari mula-mula dia mengenali Alynna lagi. Mereka sememangnya akrab. Bagai isi dengan kulit.
“oklah sweetheart! Alyn jaga diri tau! Jangan nakal-nakal ye. Ayie sayang Alyn. I love you with all my heart.” Airell sebenarnya agak risau dengan keselamatan Alynna. Biasalah kata orang dulu-dulu, orang yang dah bertunang ni darahnya manis. Takut terjadi perkara yang tak diingini. Nauzubillah…..
“ya..Ayie. Alyn akan jaga diri. Ayie tu nanti drive elok-elok ye. Jangan mengelamun kuat sangat! Nanti next weekend kita jumpa ye. Kita bincang pasal wedding kita ye.” Airell kembali tenang mendengar kata-kata tunangnya. “ok nanti kita jumpa. Bye sweetheart! Love and miss you a lot! Assalamualaikum.” Airell memutuskan talian sebaik saja Alynna menjawab salamnya. Airell terus menuju ke bilik tidurnya untuk mandi sebaik saja dia menyambung wayar pengecas handphonenya di soket elektrik diruang tamu rumahnya.
Alynna menuruni anak tangga rumahnya. “Ina..Ina. .nak kemana tu?” Puan Maisarah menegur puteri tunggalnya sebaik saja gadis itu melangkah melepasi ruang tamu. “Ina nak keluar dengan Syuhada bu. dia ajak Ina temankan dia shopping. Ibu nak pesan apa-apa ke?” Alynna bertanya pada ibunya.
“nanti kalau Ina balik, Ina singgah kat pasaraya, tolong belikan ibu rempah kari dan kiub pati ikan bilis ye. Mak Jah lupa nak beli tadi. Papa Ina nak makan kari kepala ikan malam ni.” Puan Maisarah menghampiri Alynna. “Ina jaga diri ya! Hati-hati. Ibu sayang Ina. Cepat balik ya nak!”
Puan Maisarah tak mengerti mengapa dia berperasaan begitu. Terasa begitu berat ingin melepaskan Alynna keluar rumah hari ini. Semalam dia bermimpi sesuatu yang amat menyedihkan. Namun dia buat tidak tahu saja. Alynna berasa hairan dengan kelakuan ibunya. Tidak pernah dia melihatkan riak kerisauan dan kesedihan diwajah ibunya sebelum ini. Tapi hari ini, mengapa ibunya bersikap begitu.
“Kenapa bu? Ina kan dah besar. Yelah…Ina kan jaga diri. Ibu janganlah macam ni. Tak tenang hati Ina kalau ibu macam ni.” Alynna memeluk ibunya. “yelah..Ina jaga diri tau.” Puan Maisarah mencium kedua-dua belah pipi Alynna. Gadis itu menyalami tangan ibunya. “Ina pergi dulu ye bu.”
Puan Maisarah memerhati kelibat anaknya yang kian hilang dari pandangan. ‘Ya Allah. Kau lindungilah anakku dari segala bahaya diluar sana. Semoga dia selamat pergi dan selamat balik.’ Akhirnya airmata yang bertakung di kolam mata perempuan itu berderai juga.
Farisya Alynna bertemu dengan Syuhada ditempat yang dijanjikan. Sebaik saja Alynna melepasi pintu masuk kafe itu.. “Ina..sinilah..!” laung Syuhada yang duduk di ruang tengah kafe itu. “hai,Sue. Dah lama tunggu ke?” sapa Alynna sebaik saja dia melabuhkan punggung di kerusi dihadapan Syuhada. “dah naik kematu punggung aku tunggu kau tahu tak!” Syuhada memuncungkan mulutnya. “Comel la muka kau macam tu. Muncung tu macam itik aku tengok.” Alynna ketawa. Dia tahu kawannya itu hanya pura-pura merajuk. “kau ni kan. Bukannya nak pujuk aku. Kau kutuk lagi ada. Ee..geramnya…!” Alynna ketawa lagi.
“ maaf ye tuan puteri. Lain kali patik tak datang lambat lagi. Kalau jalan tu jam. Patik beli roti banyak-banyak. Lepas tu, patik bagi kat tuan puteri makan ye. Biar badan tu bertambah tembam.” Bibir Syuhada mulai mengukir senyuman. Dia cuba menahan ketawa. Tak mahu mengalah dengan taktik Alynna memujuknya. Alynna memang kenal benar perangai dirinya. Mana tak nya. Sudah hampir 7 tahun hubungan persahabatan mereka. Semua kisah suka dan duka Alynna akan dikongsi bersamanya. Kalau disekolah dulu, mereka digelar belangkas. Dimana ada Syuhada, disitulah ada Alynna.
Fikiran Syuhada kembali ke zaman persekolahannya. Dia teringat pada mula-mula dia mengenali Alynna. Pada waktu itu, minggu orientasi dijalankan di sekolahnya untuk pelajar tingkatan 4. Alynna pelajar yang baru yang berpindah ke sekolah itu. Pada mulanya, Syuhada tidak suka dengan Alynna. Kerana baginya Alynna seorang yang sombong. Alynna bersikap begitu kerana dia masih tidak biasa dengan keadaan dan suasana disekolah itu. Baru 2minggu dia berpindah ke Malaysia. Dirumah pun dia tidak biasa. Apatah lagi disekolah. Dia kurang bercakap dan lebih suka bersendiri bila kemana-mana.
Pada suatu petang, sewaktu Syuhada pulang dari sekolah. Dia melalui sebuah persimpangan jalan yang agak sunyi. Dia selalunya tidak melalui jalan itu. Namun oleh kerana hari sudah lewat petang. Dia terpaksa ikut jalan pintas. Sedang dia berjalan, belakangnya dicuit seseorang.
“ai..cik adik. Sorang je? Boleh abang teman?” lelaki itu menyapa Syuhada dan cuba berjalan seiringan dengan Syuhada. Dia buat-buat tidak dengar kata-kata lelaki itu dan mempercepatkan langkahnya. “janganlah sombong sangat.” Lelaki itu merangkul pinggang Syuhada. “hei..awak ni nak apa. Jangan ganggu saya. Lepaslah..!! saya tak kenal awak.” Suraya buat-buat berani. Lelaki itu makin mengganas. Dia menolak tubuh mungil Syuhada. Syuhada terjelepok jatuh ke tanah. “awak ni gila ke??!!! Awak nak apa???? Lepaskan saya..!!” tubuh Syuhada menggigil ketakutan. “aku nak kau lah!!! Hahaha…” lelaki itu menerkam kearah Syuhada.
Alynna yang menunggang motosikal kebetulan melalui jalan itu ternampak pergelutan yang sedang berlaku. Dia berhentikan motosikalnya dan menghampiri mereka dan cuba menolong Syuhada. “kau buat apa ni..hah!!!” Alynna menyepak badan lelaki itu. Lelaki itu bangun dan cuba melawan Alynna. Dengan pantas Alynna menumbuk muka lelaki itu. Lalu darah pekat berwarna merah mengalir di bibir lelaki itu. Dia bergegas lari setelah Alynna mencapai sepotongan kayu yang agak besar untuk memukulnya.
“terima kasih Alynna.” Syuhada bersuara dalam tangisan sebaik saja Alynna menghampirinya dan cuba memapahnya bangun. “awak tak apa-apa ke?” Alynna bertanya pada Syuhada sambil memandang kearah bahu kiri baju Syuhada yang terkoyak. “saya tak apa-apa. Terima kasih Alynna. Terima kasih banyak-banyak. Kalau awak tak ada, tak tahulah apa yang akan berlaku pada saya.” Syuhada menangis teresak-esak. Alynna memeluknya. “dah la.. awak jangan risau. Awak dah selamat. Jom kita pergi balai polis. kita tak boleh biarkan lelaki jahanam itu lepas bebas.” Alynna memapah Syuhada ke motosikalnya.
Sejak peristiwa itu, mereka berkawan rapat. Syuhada bukan saja terhutang budi dengan Alynna, malah dia terhutang nyawa. Jika Alynna tidak melalui jalan itu. Dia mungkin sudah dinodai. Atau mungkin sudah dibunuh oleh lelaki gila itu. Syuhada amat bersyukur kerana dia dibantu oleh Alynna.
“maafkan aku ye Ina. Selama ni aku tak pernah cuba berkawan dengan kau. Malah aku cakap kau sombong. Tapi sebenarnya tak. Kau baik sangat. Aku beruntung dapat kawan macam kau. Kau lah kawan aku dunia dan akhirat.” Syuhada meluahkan apa yang terpendam dihatinya pada Alynna. “aku tak pernah benci kau. Aku pun beruntung dapat kawan macam kau. Aku sayang kau.” Alynna memegang tangan Syuhada. “kau pun kawan aku dunia akhirat. Dan mulai hari ni, kita berjanji untuk kongsi suka dan duka bersama-sama.” Alynna memandang wajah Syuhada. Syuhada mengangguk dan memeluk Alynna erat. Setelah itu, persahabat mereka terjalin. Dan sampai sekarang, mereka masih lagi rapat.
“kau ni kenapa senyum-senyum ni? Dah jatuh cinta ke?” Syuhada tersentak. Dia kembali kealam nyata. Lama benar dia mengelamun. “aku teringat kisah lama la.” Alynna tersenyum manis. “aku ingat kau berkhayal kat mamat yang buat roti canai tu. Dari tadi lagi kau pandang dia. Hehe..”
“aduh…!” Alynna menggosok paha nya. “hah..padan muka! Usik aku lagi..” Syuhada mengangkat ibu jarinya. “dah kau tu..dah lah diam,pandang mamat tu lagi..pahtu senyum-senyum macam kambing pulak. Tu yang aku ingat kau dah berkenan kat mamat tu.” Alynna tersenyum lagi. “dah la..jom kita pergi. Makin lama kita duk kat sini, makin banyak kau melalut nanti.” Syuhada bangun dan mengheret tangan Alynna. “jomlahh..” “kalau kau berkenan kat mamat tu, aku boleh tolong rekemen kan..hehe.” Alynna menyakat Syuhada. “dahla tu..aku surrender. Let’s make a move. Nanti lewat pulak balik.” Begitulah Alynna. Suka sangat menyakat dirinya. Kadang-kadang sampai nak pecah perutnya ketawa dengan sikap Alynna yang suka berlawak dan mengusiknya.Alynna bingkas bangun dan mengikuti langkah Syuhada.
Hampir dua jam Alynna dan Syuhada meronda-ronda di Suria KLCC. Tangan kanan dan kiri dua gadis itu sarat dengan beg kertas yang berisi pelbagai jenis barangan. “emm..aku dah penat la..jom kita balik.” Alynna bersuara. “aku pun dah tak larat nak jalan. Jomlah.”Mereka menuju ke arah pintu lif dan turun ke tingkat parking.
“kau hantar aku kat butik kakak aku ye. Aku tinggal kereta kat sana tadi.” Alynna mengangguk saja mendengar kata-kata Syuhada. “alamak Sue…! Aku lupala nak beli barang yang ibu aku pesan. Macam manelah boleh lupa ni. Tak masak lah ibu aku malam ni.” Alynna menepuk kepalanya. Macam manalah dia boleh lupa pesanan ibunya. “alah..kau ni..macam la KL ni takde pasaraya. Hah..kalau kau malas, kau berhenti je kat hujung jalan ni. Ada mini market. Kau belilah apa yang ibu kau kirim tu.” Suraya menggelingkan kepalanya. kenapalah Alynna begitu kalut dan cemas. Selalunya Alynna tidak begitu. Dialah yang paling kool dalam apa jua situasi.
“ye tak ye jugak. Genius jugak kau ni kadang-kadang ek.” Alynna meneruskan pemanduannya sambil tersenyum kambing. “perli aku la tu. Mentang-mentang kau pandai sikit dari aku. Kau cakap aku macam tu ye. Tapi takpe, aku tak terasa pun.” Syuhada tersenyum. ‘Ina..Ina..tak habis-habis..’ Alynna memberhentikan kereta di tepi jalan. “kau tunggu kejap ye. Aku nak beli barang.” Syuhada mengangguk.
Alynna melintas ke seberang jalan menuju ke mini market. 10 minit kemudian Alynna keluar dari kedai itu sambil menjinjing beg plastik sederhana besar. Syuhada memerhati Alynna dari seberang jalan. Alynna berlari anak melintas jalan itu.
Tiba-tiba bunyi dentuman yang amat kuat. Syuhada bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Kejadian berlaku dalam sekelip mata. Tubuh Alynna terhumban jatuh ke tepi jalan setelah sebuah kereta yang meluncur laju melanggar Alynna.Syuhada berlari mendapatkan Alynna. “ Ina………….!!!” Syuhada bagaikan histeria. Dia memeluk erat tubuh Alynna yang sudah lecun dengan darah.
Gagang telefon di tangan Puan Maisarah jatuh ke lantai. Tubuhnya menjadi lemah dan badannya terketar-ketar mendengar berita yang diterimanya dari pada pihak hospital. “abang…bang…!!!!!” Puan Maisarah menjerit memanggil Encik Marwan.
“ya..Allah..kenapa ni Sarah? Apa dah jadi ni..” Encik Marwan terkejut melihat keadaan isterinya yang sudah terjelepuk di atas lantai. “Ina..bang..Ina..” Puan Maisarah teresak-esak. Dia tidak dapat berkata-kata lagi. “kenapa dengan Ina, Sarah? Apa dah jadi pada dia? Siapa yang telefon tadi?” Encik Marwan mulai cemas apabila nama puteri tunggalnya disebut. ‘apa yang dah berlaku pada Ina.’
“aunty, macam mane Ina? Dia ok ke?” Airell bertanya dengan nada yang amat risau. Jantungnya seakan berhenti berdegup apabila Uncle Marwan menghubunginya dan memberitahu tentang apa yang berlaku pada Alynna. Dia bergegas pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga. “sabarlah Airell. Ina masih ada dalam bilik operation lagi. Tadi doktor cakap dia mengalami sedikit komplikasi. Dia kehilangan banyak darah. Sabar lah nak..” Encik Marwan memegang bahu Airell. Puan Maisarah bagai orang bisu. Dia tidak menuturkan apa-apa, hanya airmata nya yang tidak berhenti mengalir.
‘ya..Allah..mengapa dugaan Kau begitu berat? Dimanakah dosa dan salahku? Aku tak sanggup kehilangan wanita yang amat ku cintai. Dia sedang berperang dengan ajalnya, Ya Allah. Kau bantulah dia Ya Allah..Aku mohon..’ Airell berdoa didalam hati. Hampir 1jam mereka menunggu, namun pintu bilik pembedahan masih belum terbuka.
Airell melangkah menuju ke surau hospital. Dia mengambil air sembahyang dan menunaikan solat hajat. setelah itu dia membaca surah Yasiin untuk kekuatan Alynna yang sedang tenat. Setelah selesai, dia menadah tangan membaca doa.
“Ya Allah..Aku bermohon pada mu Ya Allah. Kau berilah kekuatan dan semangat untuk Alynna. Aku tak sanggup kehilangannya Ya Allah. Ambillah nyawa ku ini sebagai ganti. Namun kau pulihkanlah Alynna ya Allah.” Tangan Airell meraup pipi yang basah dengan airmata. Sebak dan pilu perasaannya hanya Tuhan saja yang tahu.
Sewaktu Airell tiba di tempat menunggu, seorang doktor yang baru keluar dari bilik operation itu menghampiri ibu dan bapa Alynna,Syuhada dan ibu bapa Airell. “kami minta maaf. Kami dah cuba sedaya upaya kami. Namun Alynna tak dapat kami selamatkan.” Riak wajah doktor itu suram. “takziah..” suara itu begitu jelas kedengaran di telinga Airell. ‘tak mungkin!’ hati Airell menjerit. Puan Maisarah rebah lemah.
Mayat Alynna dibawa keluar. Airell menuju kearah katil beroda yang menempat mayat Alynna. “Alyn..bangun Alyn…bangun..Alyn tak boleh tinggal Ayie macam ni. Alyn janji nak sehidup semati dengan Ayie. Alyn..bangun Alyn..Kenapa Alyn tinggal Ayie..” Airell begitu sebak. Takdir yang tidak pernah terfikir oleh Airell yang bakal berlaku dalam episod cinta dan hidupnya. Persis tujuh petala langit telah runtuh lalu menimpa dirinya.
Ahad, 16 Mei 2010
bab 4
Dicatat oleh Farra_Lonely_Lover di 12:57 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan