Rabu, 12 Mei 2010

bab 1

Amysha termenung jauh di sebuah bangku di tepi kolam taman sekolah. “woi..melamun jauh nampak! Ingat kat buah hati ke?” tegur Hidayah “Kau ni Yah tak boleh bagi salam dulu ke, main sergah aje. Kalau aku ada penyakit jantung,dah lama aku arwah tau!”terkejut Amysha dengan sergahan kawannya itu. “Sorry ye sayang…aku gurau je. Kau ni termenung sorang-sorang rindu kat abang Fazrul ke?” sakat Hidayah. “kau ni tak de kerja lain ke selain nak menyakat aku.” Amysha buat-buat merajuk. Dia tak ambil hati pun dengan sikap kawannya. Hanya Hidayah saja kawan yang dia ada. Kawan sewaktu dia susah dan senang. Teman sekolahnya yang lain lebih lebih suka meminggirkan dirinya. Namun begitu, Amysha dikenali ramai kerana kepintarannya dalam bidang akademi dan dia sering mewakili sekolah dalam acara sukan.
“aku bukan ingat kat Fazrul la. Tapi aku ada problem la sekarang ni.” Luah Amysha berat. Ekspresi wajah Hidayah berubah tiba-tiba. “masalah apa pulak. Ayah kau pukul kau lagi ke?” Tanya Hidayah sambil merenung tubuh Amysha dari atas ke bawah. Amysha serba-salah. Huhhh…satu keluhan berat Amysha lepaskan. “kadang-kadang aku rasa down sangat. Famiy aku semuanya tak sayang aku. Aku rasa aku ni bukan darah daging dieorang la.”
Hidayah meraih tangan Amysha. “kenapa kau cakap macam tu?” soal Hidayah dengan nada kehairanan. “semalam, mak aku marah kat aku, lepas tu dia terlepas cakap kat aku, kalau aku tak pelihara kau, tak tahulah kau jadi apa sekarang. Aku rasa aku bukan anak kandung dieorang. Aku tak sedap hati lah.” Luah Amysha. Sekurang-kurangnya beban di hati Amysha berkurangan selepas menuturkan kata-kata itu. “kau ni,janganlah ambil hati sangat. Mak kau tengah marah, macam-macam dia boleh cakap. Aku rasa mak kau salah cakap je tu.” Tutur Hidayah menyedapkan hati Amysha.
Sebenarnya dia juga resah mendengar luahan Amysha tadi. Tapi dia tak mahu menambahkan beban yang ditanggug oleh kawannya itu. “jom lah kita ke kantin. Aku belanja kau hari ni.” Ajak HIdayah untuk menceriakan suasana yang muram. Nantilah dia fikirkan masalah Amysha. Lagipun dia tak mahu kawannya itu sakit,kerana tak makan dan terlalu memikirkan masalah yang terlalu rumit untuk dirungkai.
Petang itu Fazrul Azzfar menghalakan kereta Proton Wira miliknya ke Taman Tengku Anis. Dia sudah berjanji dengan buah hatinya semalam untuk berjumpa hari ini. Dari jauh kelihatan Amysha sedang resah menunggu ketibaan Fazrul. Bibir Fazrul menguntum senyuman. Sungguh ayu gadis kesayangannya itu. Dia terpikat dengan keayuan dan keaslian wajah Amysha yang begitu lembut.
Padahal pada mula-mula dia melihat Amysha,gadis itu sedang lincah beraksi diatas padang. Sejak itu dia berusaha mendekati gadis yang telah membuat hati nya tak keruan. Agak sukar pada mulanya dia untuk menarik perhatian Amysha kerana Amysha seorang gadis agak susah untuk mempercayai orang. Tapi memang sudah ditakdirkan Amysha berkenalan dengan Fazrul. Sejak itu, Fazrul menjadi permata hati Amysha. Fazrul berasa begitu bahagia dan bangga dengan keadaan itu.
“Hai sayang! Dah lama tunggu?” tegur Fazrul. Satu ciuman singgah di dahi Amysha. “abang..Amysha ada masalah ni.” “Kenapa sayang? Ceritalah kat abang.” Amysha sangat menyenangi perlakuan Fazrul. Fazrul sememangnya seorang lelaki yang penyayang, romantik dan terlalu ambil berat tentang dirinya. Kerana itulah dia mencintai lelaki itu sepenuh hatinya. Sukar untuk dia gambarkan betapa dia sayang akan lelaki itu.
“abang..Mysha dah tak tahan lagi dengan perangai mak dan ayah. Setiap hari Mysha ditengking, dihina dan dicaci. Padahal kesalahan yang Mysha lakukan bukannya besar. Malah masalah yang tidak bersangkut paut dengan Mysha pun,Mysha jugak yang dipersalahkan. Mysha tahu, Mysha ni bukan anak kandung dieorang,tapi Mysha pun ada perasaan. Mysha tak tahu nak buat apa lagi.” Kolam mata gadis itu sudah basah dengan mutiara jernih. Dia sudah tidak sanggup menahan sebak dihatinya.
“Mysha, abang tak boleh nak buat apa. Mysha sabarlah. Itu semua dugaan Tuhan jadi kita kena tabah menghadapinya.” Amysha tersentuh dengan kata-kata lelaki didepannya. “Abang,selama ni Mysha dah cukup sabar. Mysha tahu..abang pun tak sudi nak tolong Mysha kan? Tak apalah..Mysha akan tanggung semuanya sendiri selagi Mysha mampu. Memang dah nasib Mysha macam ni.” Pipi gadis itu sudah basah dengan airmata. Dia sudah tidak mampu mengawal perasaan didadanya. Jiwa remajanya memberontak.
Tangan Fazrul mula mengenggam erat tangan Amysha. “sabar sayang.. abang sentiasa bersama Mysha, walau suka mahupun duka.” Tutur Fazrul sambil tangannya menyapu airmata dipipi gadis dihadapannya. “Abang..bawalah Mysha pergi jauh dari tempat ni.” Amysha meluahkan apa yang dipendamnya sejak tadi.
Amysha sudah nekad. Dia mesti meninggalkan rumah itu. Malam itu, Amysha mengemas pakaiannya. Dia memasukkannya ke dalam sebuah beg besar. Airmatanya dari tadi tak berhenti mengalir. Dia harus pergi jauh dari masalah yang dihadapi. Setelah selesai mengemas,dia menuju ke meja lalu mencapai sesuatu.
Assalamualaikum..
Mak dan ayah..
Amysha minta maaf.. Amysha tahu,Amysha dah tak diperlukan lagi. Amysha ni hanya menjadi beban pada ayah dan mak. Terima kasih pada mak dan ayah yang telah mendidik dan membesarkan Amysha selama ini. Mak dan ayah tak usah risau akan diri Amysha. Amysha akan jaga diri Amysha sebaik mungkin. Jangan cari Amysha. Amysha harap, kehidupan mak dan ayah sekeluarga akan lebih aman tanpa Amysha. Amysha memohon maaf andai Amysha banyak melukakan hati mak dan ayah. Jasa dan pengorbanan mak dan ayah Amysha akan kenang sehingga akhir hayat Amysha.
Selamat Tinggal!!!
Yang Benar,
AMYSHA
Amysha melipat helaian kertas itu. Lalu dimasukkan sampul surat berwarna putih. Dia meletakkan surat itu di atas meja soleknya sebelum dia melangkah kaki ke pintu biliknya. Dia menoleh belakang. Rasa sayu melanda perasaannya melihat bilik tidur yang telah dia gunakan sejak kecil lagi. Kini dia akan pergi meninggalkan bilik tidur itu untuk selama-lamanya. Untuk entah sekalian kalinya, airmata jernih gadis itu mengalir dengan deras sebaik saja pintu bilik itu ditutup kembali. Dia menjinjing beg ditangan nya dan dengan pantas menghayunkan kaki menuju ke pintu depan rumahnya.
Diluar rumah,Fazrul sedang menanti kehadirannya. “maaf bang. Mysha lambat. Susah nak keluar tadi.”tutur Amysha sebaik saja dia memboloskan diri di dalam perut kereta lalu duduk di sebelah Fazrul. “takpa sayang. Abang tak kesah. Sayang rehatlah. Perjalanan kita jauh ni.” Balas Fazrul lembut. Dia cuba menenangkan Amysha. Tangan Amysha menggengam erat tangan Fazrul. “terima kasih,bang.”tutur Amysha sambil bibirnya mengukir sebuah senyuman. Senyuman terima kasih untuk seorang lelaki yang amat dicintainya.

0 ulasan: