Jumaat, 28 Mei 2010

bab 6

“Hai, bos! Selamat pagi.” Naz Adliana menyapa Engku Airell Aiman yang sedang meneliti fail-fail yang tersusun rapi di rak yang terletak di tepi mejanya. Wajah Naz Adliana dipandang seketika. “awal awak sampai hari ni?” muka Engku Airell Aiman direnung dalam oleh Naz Adliana. “saja je bos saya datang awal. Lagipun saya bangun awal tadi. Ni saya ada bawakan sarapan untuk bos. Tadi saya masak lebih sikit. Bos makanlah ye. Lagipun sekarang saya tengok bos selalu tak keluar sarapan.”
“terima kasih Naz, sebab ambil berat pasal saya. Kebetulan saya tak sarapan lagi. Awak letak kat situ. Dan tolong buatkan saya kopi.” Naz Adliana tersenyum. “sama-sama bos.” Naz Adliana melangkah menuju ke pintu. “Naz..” Naz Adliana menoleh. “Terima kasih!” akhirnya bibir Engku Airell Aiman mengukir senyuman. Jiwa Naz Adliana terpana melihat senyuman itu. Yes..aku dah berjaya buat dia tersenyum! Naz Adliana menghilang dibalik pintu.
Afiq Aizat melangkah melepasi pintu yang tertulis Marketing Department Of Nassa Techno Builder. Dia memandang seorang perempuan yang sedang asyik menulis sesuatu di mejanya. “maaf cik. Boleh saya berjumpa dengan Encik Engku Airell Aiman.” Perempuan yang memakai baju kuning itu tersenyum. “encik ada buat appointment ke?” lelaki yang berdiri dihadapan Mazni itu terdiam seketika. “saya kawan lama dia. Boleh tak saya nak jumpa dengan dia?” Kebetulan Naz Adliana yang baru keluar dari pantry melangkah ke meja Mazni sambil menghulurkan mug untuk Mazni. “Nie..i buat air untuk u.”
Naz Adliana merenung kearah lelaki yang berdiri di depan meja Mazni. Agak segak penampilannya. Gaya rambutnya yang ranggi sesuai dengan bentuk wajah yang sederhana. Senyuman juga menawan. Ahh..naluri wanita Naz Adliana tergugat. “oo..ye Naz. Encik ni nak jumpa dengan bos.Tolong bawa dia jumpa bos ye.” Mazni tersenyum kearah Naz Adliana dan pemuda itu. “encik ikut dia ye. Dia akan bawa encik…” “ops..Saya Afiq Aizat.” Pemuda itu menghulurkan tangan kepada Naz Adliana. “Naz Adliana” perkataan itu terkeluar dari mulut Naz selepas menyambut salam Afiq Aizat. “Naz akan bawa Encik Afiq jumpa dengan Encik Airell.”
“silakan Encik Afiq.” Naz Adliana melangkah pergi lalu Afiq Aizat mengekorinya dari belakang. Cantik betul girl ni. Potongan badannya. Lenggok jalannya. Wahh..superb!! hati Afiq Aizat berkata sendiri. Satu perasaan yang asing tiba-tiba muncul dihati Afiq Aizat. ‘aku akan dapatkan perempuan ni!’ tekad Afiq Aizat didalam hati.
“Encik Afiq..silakan masuk. Bos menunggu didalam.” Afiq Aizat tersentak. Hei…kuatnya aku mengelamun. “thanks…beautiful girls.” Senyuman Afiq Aizat menggoda. Naz Adliana membalas senyuman lalu membukakan pintu bilik Airell.
“hello my friends! What a nice office!” Afiq melapangkan tangannya setelah masuk ke dalam bilik Airell. “aizat!!! Lamanya aku tak jumpa kau! Kau menghilang kemana?” riak wajah Airell terkejut. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan kawan lamanya itu. Mana tak nya, sudah hampir 7tahun dia tidak bersua muka dengan Afiq Aizat.
“yup..it’s me,Aizat! The Casanova…haha..” Airell ketawa mendengar perkataan Afiq Aizat. “lama kan kita tak jumpa. Kalau dulu, dimana ada kau disitu ada aku. So unforgetable memories, right?” Afiq Aizat cuba mengenang kembali kisah silamnya bersama Airell. Waktu itu mereka sama-sama menuntut di University Of Ottawa, Jepun. Mereka juga tinggal serumah disebuah pekan kecil di Bandar Nagoya. Afiq Aizat cukup terkenal di kampusnya kerana ketampanan dan perangai playboy nya.
“you are right man. Rindu aku kat kau. Hey..jomlah kita pergi minum. Aku belanja. Lagipun banyak benda yang aku nak cerita kat kau.” Riak wajah Airell yang tadinya suram, kini berubah menjadi ceria. Dia seakan lupa akan kisah sedihnya. Terlalu gembira barangkali bertemu dengan kawan karibnya.
“jomlah..aku pun dah lama tak borak ngan kau. Jom kita kembalikan zaman remaja kita.” Tangan kanan Afiq Aizat memaut bahu Airell. Mereka berjalan seiringan keluar dari bilik Airell. “naz..saya nak keluar dengan Aizat kejap. Kalau ada yang urgent, terus contact handphone saya ye.” Naz Adliana memandang dua lelaki yang berdiri diri dihadapannya. Mereka kelihatan sungguh akrab sekali. “ok bos. Enjoy your self.” Naz Adliana begitu senang melihat raut wajah Airell. Mane tak nya. Sudah lama dia tidak melihat bibir majikannya yang sentiasa mengukir senyuman.
Airell mengerling jam ditangannya. Hampir jam 6petang. Mereka sudah penat jalan-jalan keliling bandaraya Kuala Lumpur. Mereka juga berkongsi cerita tentang hidup mereka sepanjang mereka berpisah. Mereka berhenti rehat di taman Tasik Titiwangsa. Mereka duduk di bangku yang menghadap ke tasik.“cantik betullah setiausaha kau. Tak tidur malam aku dibuatnya.” Afiq Aizat memejamkan kedua-dua kelopak matanya. Dia seakan-akan berkhayal. “engkau ni kan. Perangai buaya tak habis-habis. Pantang nampak yang dahi licin. Kau nak sapu semuanya. Hey..my friend dia setiausaha aku!” kata-kata Airell seakan-akan memberi amaran. Namun ianya hanyalah gurauan. “alah kau ni. Kau takkan tahu aku. Aku takkan berhenti selagi aku belum jumpa seorang wanita yang betul-betul jujur dan ikhlas dengan aku. Bukan kerana rupa paras atau harta kekayaan aku.”
Engku Airell Aiman hanya mendiamkan diri mendengar penjelasan Afiq Aizat. Dia memang tahu niat dihati sahabatnya itu. AfiqAizat memang begitu, namun dia tak pernah merosakkan semua perempuan yang berkawan dengannya. Dia hanya mencari keserasian dalam perhubungan. “jadi kau nak test setiausaha akulah ni?” Airell ketawa. “yelah..mana tahu kali ni sangkut.” Afiq Aizat mengerdipkan kelopak matanya.
“kau pulak macam mana Rell? Kau tak boleh hidup dalam bayang-bayang. Let bygone be bygone. Kau harus lepaskan semuanya.” Afiq Aizat menyentuh soal kisah sedih Airell. Riak wajah Airell kembali mendung. “korang tak mengerti apa yang ada dalam hati aku. Kau tak rasa apa yang aku rasa Zat. Sakit hati ni. Perit..! dia pergi meninggalkan aku sewaktu kami sedang bahagia. Dia pergi sewaktu aku amat memerlukan kasih sayangnya. Dia tinggalkan aku sendirian..Zat.” mata Airell mula berkaca.
“kenapa kau masih memikirkan semua benda tu? Aku tahu, orang lain hanya mampu melihat dari luaran saja penderitaan kau. Tapi kami semua tersiksa melihat kau macam tu. Kau tak yakin dan redha dengan kenyataan. Sedangkan kenyataan tu dah lama berlalu. Dah 2 tahun Rell..2tahun!! masa yang cukup panjang. Masa yang telah kau sia-siakan untuk masa depan kau. Kenapa kau tak keluar dari semua ni. Berhenti memikirkan semua yang membuat kau tersiksa dan merana. Aku bukan suruh kau padam dia dari ingatan kau. Aku tahu semua tu susah dan mustahil. Tapi aku nak kau bangkit dari khayalan yang tiada penghujungnya. Bangkit dari kesengsaraan! Simpan dia sebagai kenangan terindah di sudut hati kau. Aku cukup yakin dan pasti, dia juga tak suka kau buat diri kau macam ni. Dia tak sanggup tengok kau menderita. Dia tak tenang disana,Rell. Ayuhlah, Rell…aku tahu kau boleh…!” Afiq Aizat menyuntik semangat kepada Airell. Dia tak mahu kawannya berterusan bersikap begitu.
“aku cuba..” lega rasanya hati Afiq Aizat mendengar perkataan yang keluar dari mulut Airell. “jomlah kita balik. Kau rehat banyak-banyak. Dan fikirkan betul-betul apa yang aku cakap tadi. Kau tak mengkhianati cinta kau Rell. Malah kau akan buat dia rasa bangga dan bahagia disana.” Mereka berjalan seiringan meninggalkan bangku.
“assalamualaikum..” Puan Rusliza yang tadi sedang asyik membawa majalah di ruang tamu mengangkat mukanya untuk melihat siapakah yang memberi salam. “baru balik Rell?” Puan Rusliza tersenyum. “ya bu. Tadi Airell jumpa Aizat. Ibu ingat lagi tak?” Airell cuba berbicara dengan ibunya. Namun terasa agak kekok. Mana tak nya sudah hampir dua tahun dia menyepikan diri. “oo...kawan Rell yang sama-sama belajar kat Jepun dulu nya? Dia sihat ke, Rell?” hati Puan Rusliza berbunga. Dia dapat merasakan perubahan dalam diri anak lelakinya. Airell menganggukkan kepalanya. Mengiakan pertanyaan ibunya. “ dia sihat je bu. Dia kirim salam kat ibu. Dia cakap dia rindu kat ibu. Rindu asam pedas ibu.” Airell tersenyum lagi menampakkan lesung pipitnya. “cakap kat dia kalau rindu datanglah rumah, nanti ibu boleh masakkan asam pedas yang dia suka tu. Airell pergilah naik mandi dulu. Ibu siapkan makan malam ya. Kita makan sama-sama ngan ayah.” “ya bu..” Airell melangkah menuju ke tangga yang terletak ditengah rumah agam itu. “Airell baru balik??” Pak Engku melemparkan senyuman. “ya, yah. Airell naik dulu ya. Nak mandi.” Airell berlalu menaiki tangga.
“gembira saya tengok Airell sekarang, bang. Tak sia-sia saya suruh Aizat nasihatkan dia.” Puan Rusliza meluahkan apa yang terbuku dihatinya apabila Pak Engku menghampirinya. “ baguslah tu Za. Abang pun gembira tengok senyuman dia.” Pak Engku dan Puan Rusliza tersenyum bahagia. Mereka dapat merasakan keceriaan di rumah itu akan kembali mewarnai kehidupan mereka.
Fazrul Azzfar mengelamun jauh sambil melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari anjung rumahnya. Fikirannya melayang jauh kepada gadis yang amat dicintainya. Sudah hampir dua tahun kejadian itu berlaku. Namun baginya Farrah Amysha selalu dalam ingatannya. Perasaan bersalahnya pada Amysha seakan meragut ketenangan hidupnya. Kalaulah dulu dia tidak terlalu terburu-buru mengambil keputusan dan berfikir panjang sebelum melakukan perkara itu, tentu buah hatinya masih ada disisinya sekarang.
‘Mysha...abang rindu sayang..maafkan segala kesilapan dan dosa-dosa abang pada Mysha..abang terpaksa Mysha...bukan niat abang..tapi sekarang, abang betul-betul menyesal....dimanakah Mysha berada sekarang? Tentu Mysha membenci abang, atau Mysha dah padam abang dalam memori Mysha..’
Semakin hari perasaan rindu Fazrul terhadap Mysha semakin mendalam. Dia tidak akan hidup tenang selagi dia tidak bertemu dan memohon maaf dengan gadis itu. Fazrul melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia mengambil surat khabar lalu duduk diatas sofa merah. Dia ingin cuba menghilangkan seketika ingatannya pada Amysha. Dia membelek-belek surat khabar itu.
Tiba-tiba dia terkejut melihat gambar seseorang di satu sudut dalam akhbar itu. ‘CEO muda terajui Nassa Techno Builder’ tajuk berita itu membuatkan dia ingin tahu siapakah gadis yang berada dalam gambar. Farrah Amysha Nasharuddin. Sebaris nama yang terlukis membuatkan jantungnya semakin kencang berdegup. ‘Mysha?? Tapi siapa pulak Nasharuddin ni’ setahunya Mysha berbintikan Mazlan. Bukannya Nasharuddin. Tapi kalau ini bukan Mysha, masakan dia tidak dapat mengenali wajah Mysha walaupun gaya dan penampilannya berbeza.
Fazrul Azzfar semakin gelisah. ‘aku akan cari tahu siapa sebenarnya perempuan ni.’ Hati Fazrul berbunga riang. Jika betul gadis itu adalah Mysha, niatnya untuk bertemu dan memohon maaf akan terlaksana. atau mungkin dia akan memujuk Amysha supaya kembali ke pangkuannya. Dia akan dapat memiliki cinta gadis itu semula.
“Selamat pagi, ayah Din.” Farrah Amysha menyapa Nasharuddin yang sedang bersarapan. “selamat pagi, sayang. Anak ayah sihat ke pagi ni? Dah ready nak masuk office?” Nasharuddin bertanya sambil tangannya menyapu jem pada roti. “Mysha sihat je hari ni ayah. Tak sabar rasanya nak start kerja hari ni. Excited sangat ni.” Wajah Amysha berseri-seri. Terlalu gembira dan bahagia dengan hidupnya sekarang. Dia tidak pernah menyangka nasibnya akan berubah sebegini. Dia punya segalanya. Harta,kemewahan dan yang paling utama,seorang ayah yang sangat menyayanginya. Orang-orang yang selalu berada disampingnya, Mak Yam dan Pak Din. Walaupun mereka tiada pertalian darah dengan Amysha, namun bagi gadis itu mereka sudah dianggap sebagai keluarga kandungnya.
“Mysha..this is for you.” Tuan Nasharuddin menghulurkan sesuatu kepada Farra Amysha. “apa ni Ayah Din.” Tuan Nasharuddin tersenyum. Dia membiarkan Amysha tertanya-tanya sendiri. “Jom ikut Ayah.” Tuan Nasharuddin memimpin tangan Amysha menuju ke pintu rumah. Amysha terpegun melihat kereta Honda Jazz idamannya. “ni untuk Mysha. Senang sikit nak ke office. Mysha suka tak?” Amysha sudah tidak terkata. Matanya sudah bergenang. “Mysha suka..tapi Ayah Din buat apa susah-susah. Pak Din kan ada untuk hantar dan jemput Mysha.” Tuan Nasharuddin menggeleng-gelengkan kepalanya. “ni untuk Mysha. Mysha boleh kemana-mana dengan kereta ni. Lagipun Ayah Din tahu Mysha suka Honda Jazz kan. Tak salahkan seorang ayah bagi hadiah untuk anaknya. Buat pembakar semangat untuk berkerja!” Amysha sudah tidak terkata apa-apa lagi. Memang Ayah Din seorang yang pemurah dan memahami. Dia tunduk menyalami tangan Tuan Nasharuddin. “terima kasih Ayah Din. Mysha hargainya, Mysha sayang Ayah Din.” Dia memeluk tubuh lelaki separuh abad itu.
Farra Amysha menekam interkom diatas mejanya. “Niza..masuk sekejap.” “Ok, Cik Mysha”. Kedengaran pintu diketuk dari luar. “masuk..” Anis Hasniza berjalan menuju ke meja Farra Amysha. “ya Cik Mysha. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” “saya nak awak inform kat semua staff bahagian Marketing tentang mesyuarat pagi esok, pukul 9 ya. Saya nak bincang tentang projek baru kita. Dan tolong panggilkan Encik Airell Aiman.” Anis Hasniza mengangguk. “ baiklah Cik Mysha. Ada apa-apa lagi?” “saya rasa itu saja. Teriam kasih. Oo ya..boleh awak teman saya keluar lunch nanti?” Farra Amysha tersenyum. “ok Cik Mysha. Lagipun saya belum plan lagi nak makan kat mana lunch nanti. Saya keluar dulu ya.” Anis Hasniza melangkah keluar dari bilik majikannya.

Setibanya dia dimejanya, dia mengangkat gagang telefon dan mendail nombor 9. “Assalamualaikum. Naz..kau tolong cakap kat bos kau,Cik Mysha suruh dia naik jumpa Cik Mysha sekarang. Ok ya. Bye” Naz Adliana bangun menuju bilik Engku Airell Aiman. “Assalamualaikum bos. Maaf mengangu.” Ujar Naz Adliana sebaik saja membuka pintu. “ ya,Naz. Ada apa?” Airell memandang kearah Naz Adliana. “Cik Mysha nak bos naik jumpa dia sekarang.” “ok. Terima kasih, Naz. Awak tolong siapkan ini ya. Saya nak naik pergi jumpa Cik Mysha.” Airell bangun lalu memakai baju kot di belakang kerusinya.
Tok..tok..tok..pintu bilik Farra Amysha diketuk dari luar. “Masuk.” Airell melangkah menghampiri meja Amysha. “ya, Cik Mysha. What can i help you?” Amysha merenung kedalam mata Airell. Dia sekali lagi tertarik melihat lelaki yang berdiri dihadapannya. Entah mengapa hatinya berdebar apabila berhadapan dengan Airell. Mungkin dia sudah jatuh hati. Inilah yang dinamakan cinta. Datang dan pergi tanpa pengetahuan kita. Sedar tak sedar kita telah merasakan nikmatnya. “saya nak buat hotel dekat Kajang. Saya dah tengok tapaknya. Dan ianya sesuai sangat. Saya nak bagi sesuatu yang istimewa kat Tuan Nasharuddin. Dia dah banyak berkorban untuk saya. Saya terhutang budi dengan dia.What you thinks?” Engku Airell Aiman membetulkan tali lehernya. “saya rasa ok jugak cadang tu. Lagipun, ianya boleh mendatangkan profit yang besar untuk syarikat kita. Nanti saya tolong Cik Mysha buatkan kertas kerja untuk projek tu.” Farra Amysha tersenyum. “Thanks ya Encik Airell.” “tak payahlah berencik-encik dengan saya. Panggil saya Airell saja.” Airell tersenyum memandang Farra Amysha. “ ok, Airell. Awak pun panggil saya Mysha aja ya.”

“terima kasih banyak-banyak sebab sudi belanja saya. Mana Cik Mysha tahu makanan kat restoran tu sedap.” Anis Hasniza berjalan seiringan dengan Farra Amysha menuju ke tempat parking. “ Tuan Nasharuddin selalu bawa saya makan kat situ. Itu restoran favourite dia.” Amysha membuka pintu kereta dan masuk kedalamnya. “nanti kalau ada masa, Niza bolehlah datang dengan boyfriend makan kat situ. Kalau malam ada special dish tau, sate kijang. Saya dah try, rasa dia..amazing!” Anis Hasniza mendengar sambil tersenyum. “ya ke Cik Mysha. Best tu. Lagipun sate kijang susah nak dapat. Nanti saya nak try lah. Em..Cik Mysha ni pandai-pandai je lah. Saya belum ada boyfriend lagilah. Bukan macam Cik Mysha, cantik, baik, peramah. Ramai lelaki admire kat Cik Mysha.” “awak ni Niza. Saya biasa jelah. Tak ada yang special pun. ” Farra Amysha menghidupkan enjin kereta lalu keluar dari parking. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang agak kuat. “kenapa Cik Mysha. Kita langgar apa ni?” suara Anis Hasniza panik. “jom kita tengok.” Amysha dan Hasniza meluru keluar dari kereta dan menuju ke belakang.
“maaf ya cik. Saya tak nampak kereta cik keluar tadi. Maafkan saya ya.” Lelaki yang memakai T-shirt hitam itu memohon maaf dari Amysha. “emm..tak apalah. Saya pun salah jugak sebab tak hati-hati tadi.”lelaki itu mengeluarkan not biru beberapa keping. “ini sebagai bayaran untuk kerosakan ni. Sekali lagi saya minta maaf” Farra Amysha menggeleng-gelengkan kepala. “ tak apalah. Saya yang sepatut bayar ganti rugi kerosakan kereta encik. Saya cuai. Lagipun takla teruk sangat,sikit je. Maaf ya” Lelaki berkulit sawo matang itu tersenyum. “kalau macam tu, saya minta maaf sekali lagi. Saya Wan Firdaus Irwan.” Lelaki itu menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Amysha. “Saya Farra Amysha. Saya pun minta maaf juga ya.”balas Amysha sambil menyambut salam lelaki itu. Firdaus Irwan mengambil sesuatu dari poket seluarnya. “ini kad saya, kalau ada masa hubungilah saya.” “ok, terima kasih ya.” Tutur Amysha dengan wajah manis.
Firdaus Irwan mundar-mandir di ruang rehat itu. Fikirannya tidak setenang air kolam yang mengalir menjadi sungai kecil. Ditemani sang ikan yang berwarna-warni berenang-renang kesana-sini. Kolam ikan menjadi seperti sungai kecil yang mengelilingi rumah banglo milik encik Wan Izmal. Hatinya gundah tak seceria sang burung yang bersiul kedamaian. Sejak peristiwa keretanya dilanggar semalam, dia tak dapat melelapkan mata. Senyuman gadis yang memiliki bibir yang mungil itu bermain-main difikirannya. ‘ahh..kenapa dengan aku ni. Kenapa wajah Farra Amysha selalu terbayang-bayang. Adakah aku jatuh cinta dengannya. Emm..cinta pandagan pertama.’ Wan Farzuhaini Azreen memerhati adiknya dari jauh. Mukanya kelihatan gelisah. Tapi ada kalanya tersenyum sendirian. Mungkin adik lelakinya itu sedang dilamun cinta. Tapi siapakah wanita yang berjaya mencuri ketenangan adiknya itu. Padahal Firdaus Irwan seorang yang susah jatuh cinta. Tak seperti kembarnya sorang lagi. Pantang tengok perempuan cantik. Tentu tak senang duduk. Mujurlah Risq Arwana muncul dalam hidup Wan Faizal Irfan. Sejak mereka bertunang dua bulan lepas. Perangai buaya adiknya yang sorang tu sudah berubah. Dia sudah mulai mengenal erti setia.
“adik akak buat ape ni? Senyum sorang-sorang. Ke ada apa yang Irwan sembunyikan dari akak?” Firdaus Irwan agak terkejut dengan teguran kakaknya itu. Dia tersenyum mendengar usikan kakaknya. “Kak nik ni...Irwan tak boleh nak sembunyikan apa-apa dari akak tau.Irwan tak cakap apa-apa pun kak nik dah tahu.” Farzuhaini memerhati wajah adiknya itu. “Irwan tu adik akak. Akak dah kenal dah perangai dan tingkah laku Irwan. And akak tahu sekarang hati Irwan dalam keresahankan. Siapa wanita bertuah yang dah menawan hati adik akak ni, emmm?” Firdaus Irwan memalingkan mukanya kearah lain. Malu dia ingin menatap wajah kakaknya ketika ini. Serkap jarang Kak nik memang tetap mengena. “Petang semalam masa Irwan balik dari oficce,Irwan hajatnya nak singgah beli mee sup kegemaran akak and wani. Tapi masa Irwan nak masuk parking, ada sebuah kereta ni undur dan terlanggar kereta Irwan. Mujurlah tak rosak teruk. Girl tu sweet sangat. Dia lemah-lembut. Dia minta maaf atas kecuaian dia. Irwan bagilah duit kat dia. Tapi dia tapi dia tak nak ambil. Dia kata dia salah juga, dia yang cuai tak tengok betul-betul sebelum keluar dari parking.” Farzuhaini mengangguk-angguk. Dia sudah mengerti kini. Adiknya sedang dilamun cinta pandang pertama. “siapa nama girl tu? Irwan tak minta number phone dia ke?” “Irwan ada bagi kad Irwan pada dia. Tapi dia tak ada respond pun sampai hari ni. Nama dia Farra Amysha.” “ooo...cantik nama tu. Maybe dia sibuk kot. Tak pun dia lupa tentang kad Irwan tu. Janganlah risau. Kalau ada jodoh, tentu Irwan kan jumpa dia lagi. Berdoalah saja ya!” Farzuhaini memegang bahu Firdaus Irwan. Dia memberi seolah-olah memberi semangat pada Irwan . “terima kasih kak nik. Irwan sayang akak!” dia melentokkan kepalanya di bahu Farzuhaini.
Engku Airell Aiman sedang asyik meniliti proposal tentang projek pembinaan hotel yang dicadangkan oleh Farra Amysha beberapa hari lepas. Setelah berpuas hati, dia lantas bangun lalu menuju bilik bossnya. “eh, Naz. Kau perasan tak? Sekarang bos kita dah banyak berubahkan. Dia dah nampak lebih ceria dari dulu. Hari tu, masa aku buatkan air untuk dia. Dia ucap terima kasih dan puji air yang aku buat tau. Dia siap senyum kat aku. Uhh..nasib baiklah aku ni jantan. Kalau tak, dah lama dah aku pikat bos kita tu.” Mulut Khairul sedang becok bercerita pada Naz Adliana. Sehingga dia tidak perasan, Airell Aiman melewati belakangnya. “ehm..ehm..” Airell Aiman berdehem. Naz Adliana yang sedang melayani Khairul tersentak. “bos..bos buat apa kat sini?” Khairul tiba-tiba bertanya pada Airell Aiman untuk mengawal malu. Merah padam mukanya. “awak tu yang buat apa. Jangan asyik mengumpat je. Nanti satu kerja pun tak jalan.” Airell Aiman sedikit tegas. “itulah bos. Saya tak layankan kecil hati. Kalau dilayan sampai pagi esok pun tak habis ceritanya.” Naz Adliana menyampuk bagi menenangkan keadaan. “emm..yelah Naz. Khairul..lain kali nak cakap pasal saya tu jenguklah sekeliling ya. Jangan main curah je.” Khairul sudah tidak berani menatap muka Airell Aiman. Dia takut mood bosnya akan berubah. Airell Aiman melangkah meninggalkan kedua-dua pekerjanya. “lain kali. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam intai-intai,” Naz Adliana menyambung kerjanya membiarkan Khairul dalam keadaan malu.“ini proposal yang saya janjikan tu. You boleh teliti dan apa yang kurang kita perbaiki sama-sama.” Airell Aiman meletakkan proposal itu diatas meja Farra Amysha. setelah meniliti proposal itu. "great job Airell. i suka kerja you."

Isnin, 17 Mei 2010

bab 5

Sudah hampir dua tahun Farisya Alynna meninggal dunia. Namun bagi Engku Airell Aiman, kekasih hatinya itu seperti baru kelmarin meninggalkannya. Rutin harian Airell hanya lah pergi kerja dan pulang kerumah. Kadang-kala sampai berhari-hari Airell tak menjamah makanan. Puan Rusliza dan Pak Engku amat bimbang dengan keadaan anak teruna mereka. Mereka tidak menyangka Airell akan berterusan begitu setelah kematian tunangnya.Bermacam cara yang telah Puan Rusliza buat untuk kembalikan keceriaan Airell. Namun usaha nya ibarat mencurah air ke daun keladi. Airell masih bersikap begitu. Payah untuk melihat senyuman terukir di bibir Airell. Pulang dari kerja, terus berkurung di dalam bilik. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
‘Alyn..Alyn sayang Ayie kan?.. pertanyaan itu dibiarkan dibawa angin berlalu. Senyuman dibibir Farisya Alynna. “kenape Ayie tanye macam tu? Tentulah Alyn sayang Ayie. You are my first and last love. You are my inspiration. I crazily love you Ayie..” jawapan yang begitu menyenangkan menyapa di telinga Airell. “Alyn jangan tinggal Ayie ye. Ayie tak sanggup berpisah dengan Alyn. Kalau Alyn takde,Ayie pun tak sanggup untuk hidup lagi.” ungkapan suci yang Airell luahankan, namun Alynna seperti tidak senang dengan ungkapan itu.
“ye..Alyn tahu..dan Alyn takkan tinggal Ayie. Tapi ajal maut,jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan Ayie. Kita tak boleh melawan takdir. Andai dah tertulis Alyn pergi dulu. Ayie kena terime hakikat dan redha. Ayie kena teruskan hidup Ayie. Life must go on whatever happens.” “shhh..! Ayie tak nak dengar lagi. Ayie sayang Alyn!” jari Ayie menutup bibir Alyn.
“Lepas ni Ayie akan suruh mama Ayie masuk meminang Alyn. Kita bertunang ye.. kita akan hidup bersama sampai bila-bila.” ungkapan keramat yang keluar dari mulut Ayie membuatkan Alyn merasa bahagia. Anggukan dari Alyn melahirkan perasaan yang terlalu gembira dalam hati Ayie. Tangan Ayie meraih pinggang Alyn. “Thanks Honey!”

“Alynnnnn….!!” Airell tersedar dari khayalan nya. Masih terbayang-bayang detik mesra sewaktu dia bersama tunangnya. ‘kenapa aku tak mengerti makna disebalik perkataannya itu. Kenapa Alyn pergi meninggalkan Ayie??’ airmata Airell sudah kering untuk menangis. Sebak dan sakit dihatinya tak siapa tahu.

Suasana di bangunan Nassa Techno Builder Sdn Bhd ceria pagi itu. Ruang lobi pejabat dihiasi dengan kuntuman bunga segar di setiap sudut. Semua pekerja sudah tidak sabar menunggu kedatangan bos baru mereka.Tuan Nasharuddin yang merupakan pemegang saham terbesar dan juga pengasas syarikat itu akan memperkenalkan CEO baru untuk menggantikan dirinya.
Sebaik saja melangkah kaki ke pintu masuk bangunan berwarna ungu itu, Farra Amysha terpegun dengan persiapan yang dibuat untuk menyambut kehadirannya. “jangan cakap kat Mysha yang decoration ni idea Ayah Din..!” Amysha melemparkan senyuman untuk Tuan Nassa yang berjalan seiringan dengannya. “jom..kita naik..there’s a lot of surprise waiting you..” Tuan Nassa memimpin tangan Amysha memasukki pintu lif.
“cantiknye Ayah Din…Mysha suke sangat..!” mulut Amysha tak dapat mengungkap kata-kata lagi. Jambangan mawar kuning dan putih di setiap sudut dinding ruangan yang luas itu. Bunga kesukaan Amysha. Ayah Din terlalu memanjakan dan sayangkannya. Barisan pekerja di pintu masuk bilik CEO yang tertera namanya FARRA AMYSHA NASHARUDDIN, memberikan senyuman dan menghulurkan tangan. “tahniah Cik Farra Amysha!” sejambak mawar merah yang diserikan dengan daun hijau dan bunga putih kecil dihulurkan padanya oleh seorang wanita yang anggun penampilannya. “saya Anis Hasniza setiausaha Cik Mysha. Cik Mysha boleh panggil saya Niza. Come and see your office.”
“mulai hari ni,ni office Mysha. Kerja elok-elok dan jaga syarikat Ayah Din baik-baik nya.” Amysha mengengam erat tangan Tuan Nassa. “Mysha janji ayah din,mysha akan kerja bersungguh-sungguh dan jage syarikat ayah din dengan sebaik mungkin. Terima kasih Ayah Din..” kolam mata Amysha mula berkaca. Dia sungguh terharu. Lelaki yang telah menjadikannya sebagai seorang anak dan menatangnya bagai minyak yang penuh. Amysha memeluk tubuh Tuan Nassa.

“Khairul, awak ade nampak Naz tak? Dari tadi lagi saya cari dia, tapi tak ada. Kat pantry pun takde. Hai, takkan tak masuk kerja lagi. Sekarang dah pukul 11.” Khairul yang tadinya sedang sibuk menulis sesuatu dimejanya tersentak. Diurut dadanya berulang kali, terkejut dengan sapaan bosnya itu. Diperhatikan raut wajah bosnya, muram saja, tidak ada secalit senyuman pun. Dia turut simpati dengan apa yang berlaku pada bosnya itu. Sayang sungguh bos nya pada arwah tunangnya itu. Mana taknya, bosnya dulu seorang yang peramah dan suka bergurau. Suasana pejabat diwarnai dengan hilai tawa rakan-rakan nya mendengar gurauan dari bos mereka. Tapi sekarang, semuanya seakan berkabung. Nak ketawa pun terasa kekok. Mendung dan suram riak wajah bos membuat mereka hilang rasa untuk bersuka-ria. Amat berat penderitaan yang bos mereka tanggung.
“khairul…saya tanye awak ni. Naz mane?” khairul menelan air liur. “dia ke pejabat utama. Kan hari ni ada majlis menyambut kedatangan CEO baru yang menggantikan Tuan Nassa. Bos tak pergi ke?” dia agak hairan. Masakan bos tidak tahu. Semalamkan Hasniza datang memberitahu. Mungkin bos lupa agaknya.’macam mane aku boleh lupa ni.’ Airell menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.“tak apalah kalau macam tu. Eh..awak buat ape kat sini? Awak tak pergi ke?” Airell merenung kearah Khairul yang sedang mengemas fail ditangannya. “saya turun ni nak ambil report pemasaran yang Tuan Nassa nak. Oo..ye kejap lagi ada jamuan di dewan atas. Bos tak pergi ke? Marilah kita pergi sekali.” Khairul sudah siap untuk melangkah dengan fail ditangan. “awak pergilah dulu. Nanti saya menyusul.”
Riuh-rendah di dalam dewan. Para pekerja sangat gembira dengan kehadiran bos baru mereka. Orangnya muda,cantik,peramah, malah cukup murah dengan senyuman. Mereka tidak henti-henti memuji bos baru mereka. Sebaik saja Airell melangkah masuk ke ruangan dewan. Semua mata tertumpu kepada nya. Namun Airell tetap dengan muka selamba tanpa mengukir senyuman dibibir. Dia terus berjalan menghampiri Tuan Nassa.
“assalamualaikum tuan. Apa khabar? Lama kita tak jumpa” Airell cuba memaniskan muka. “waalaikumusallam..saya sihat je Airell. Awak tu yang macam biskut, kejap ada kejap takde,saya hari-hari datang office. Dulu awak selalu jugak naik ke department atas ni, ambil nilah, ambil tu lah.” Tuan Nassa ketawa kecil mengenangkan sikap Airell yang dulu. “maaflah tuan. Saya dah tak sempat nak kehulu kehilir. Banyak benda yang saya harus siapkan.” Tuan Nassa mengerti situasi Airell. “ooo..ye..saya nak kenalkan awak dengan anak kesayangan saya yang menggantikan tempat saya dipejabat ni. Mysha…” Tuan Nassa memanggail Farra Amysha yang sedang asyik berborak dengan sekumpulan pekerja.
“ya..Ayah Din” Amysha melemparkan senyuman kepada lelaki yang berdiri disebelah ayahnya. “Airell, ni saya kenalkan anak saya,Amysha. Dan Mysha,ini pengurus Marketing Department kita,Engku Airell Aiman.” Amysha menghulurkan tangan. Dia memandang raut wajah lelaki dihadapannya. ‘mengapa disebalik sinaran matanya ada duka?’ hati Amysha bertutur. “hai,Cik Mysha. Nice to meet you.” Airell mengukir senyuman. “Nice to meet you too Encik Airell.” Amysha begitu senang mendengar suara Airell. Ahh..mengapa aku ni? Aku tak boleh mudah tertewas dengan lelaki. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Sudah cukuplah aku menderita akibat terlalu taksub dan sanggup menjadi hamba cinta seorang lelaki.
“welcome to Nassa Techno Builder,Cik Mysha! I hope you will enjoy and comfortable working here.” Airell sebenarnya agak kekok berada dalam suasana begini. Mana taknya, sudah lama dia tidak keluar dengan rakannya. Apatah lagi hendak menghadirkan diri dalam sesebuah jamuan begitu. “saya minta maaf Tuan Nassa, saya minta diri dulu. Saya ada temujanji dengan syarikat Cahya Alam Properties hari ni. So,Cik Mysha. Saya kena pergi,hope you will enjoy the party.” Airell melangkah pergi sebaik saja bersalaman dengan Tuan Nassa dan Amysha.
“Mysha jangan hairan dengan sikap dia,dia memang workaholic. Ayah Din kesian dengan dia. Dulu dia seorang yang peramah and full sense of humour. Tapi setelah dia kehilangan orang yang paling bermakna dalam hidupnya,iaitu tunangnya, dia jadi hilang arah. Dia dah tak seceria dulu. Tapi ayah Din respect kat dia. Walaupun dia berkeadaan murung dan hatinya sedih, hasil kerjanya tetap the best.” Ayah Din menceritakan serba sedikit tentang lelaki tadi. Raut wajah Ayah Din memang menunjukkan simpati yang amat sangat pada Airell. Namun Amysha agak hairan, mengapakah Airell begitu berduka cita dengan hanya kehilangan seorang perempuan bergelar tunangnya? Masih adakah lelaki yang mempunyai cinta sejati dan suci sebegitu? Erm..biarlah. mungkin dia hanya ingin dikenali sebagai pencinta yang setia atau sebagainya. Ahh..lelaki!
Naz Adliana sedang asyik menonton televisyen di apartmentnya. Izzaty,housematenya menghampiri Naz dengan dua buah mug ditangan. “nah, kau nak tak air yang aku buat ni?” sapaan Zati membuatkan Naz tersentak. “kau ni buat aku terkejut je. Nasib baik aku takde sakit jantung. Kenapa kau baik sangat dengan aku malam ni? Kau nak apa-apa ke?” Zati tersenyum. “salahke kalau aku buatkan kau air? Kau tak nak takpe. Aku boleh habiskan dua-dua.” Ujar Zati seakan-akan merajuk. “alah, kau ni. Takkan dah merajuk kot. Aku minum air ni ye. Hmm..sedap! aku bukan apa, aku terkejut tadi tiba-tiba kau hulur mug ni. Aku duk sedap-sedap berangan, kau potong line.”
“kau berangan apa sampai nak tebus skrin tv tu? Aku ingat kau duk usha Ally Iskandar tu. Kau kan peminat fanatik dia.” Zati ketawa kecil. “aku bukan tengok Ally lah. Aku tengah teringat kat pujaan aku lah!” “apa nak jadi dengan kau ni,hah? Sampai bila kau nak tergila-gilakan dia? Jangan kan nak layan, nak renung kau pun susah. Kau jangan simpan angan-angan tinggi lah kat dia. Aku yakin dia tak pandang kau!” Naz tidak begitu menyenangi perkataan Zati. Namun hatinya tidak akan berhenti untuk mengharap dan dia akan terus berusaha memikat hati Airell. “kau tengoklah nanti. Suatu hari bos akan jadi milik aku. Aku takkan putus asa!” Zati bukannya nak mematahkan semangat Naz dengan berkata begitu, tapi dia tak mahu sahabatnya itu berusaha demi untuk sesuatu yang tidak menjanjikan apa-apa. Dia tak mahu sahabatnya itu kecewa.
“suka hati kaulah Naz. Aku dah tak tahu nak cakap apa-apa lagi.” Akhirnya Zati mengalah. Sudah malas untuk dia memikirkan tentang Naz yang begitu taksub ingin merebut hati bos mereka. Dia bukan tak yakin dengan kemampuan Naz dalam bab memikat dan menggoda, malah di universiti dulu, Naz memang glamour dengan perangai kaki penggodanya. Namun dia yakin, bos tak akan cair. Dia kenal sangat dengan Engku Airell Aiman yang tidak mudah tergoda dengan perempuan. Agaknya kalau letak ratu cantik kat depan mata pun, tentu bos mereka buat tak endah saja.
Naz melangkah ke dapur meninggalkan Zati yang tenggelam dalam khayalan. Dia membuka freezer lalu menyelongkar barang-barang didalamnya. ‘apa aku nak masak untuk bos esok ye. Aku akan cuba cara ni. Mungkin dia akan cair dengan masakan aku. Aku masak nasi goreng USAlah. ’ Naz memastikan bahan-bahan yang dikehendaki serba lengkap. Agak rumit penyediaan nasi ini. Namun rasanya cukup lazat. Tak hairan lah jika ianya menjadi makanan yang paling popular di restoran milik ibu saudaranya di pantai Cherating. ‘alamak, sayur campur tak adalah. Daging pun dah habis. Hmm..’
“kau cari apa tu Naz? Serius semacam je?” Hayati yang sedang mengelap rambutnya dengan tuala menyapa. “cari bahan-bahan nak buat nasi goreng esok. Tapi semua dah habis. Aku rasa baik aku pergi Giant jap. Kau nak ikut?” Naz Adliana bertanya tanpa melihat kearah Hayati. “takpelah. Aku ada kerja nak buat sikit. Bos aku suruh submit pagi esok.” Hayati mencapai blender dan pisau. “ kalau macam tu takpelah, aku pergi sorang jelah. Ni engkau nak buat fresh orange lagi la ni. Hish..hish..pagi petang siang malam, asyik tu je yang kau minum.” Naz hairan dengan perangai Hayati. Gadis itu terlalu suka minum fresh orange. Menurut cerita Hayati, dia suka minum jus tu sejak dari kecil lagi. Kalau jus lain memang dia tak minum. ‘hey, tak bosan ke asyik minum jus yang sama. Tasteless sungguh la dia ni sorang’
Naz Adliana menutup freezer lalu melangkah ke biliknya. Setelah beberapa minit, dia keluar semula dengan membawa beg tangannya. “kau nak pergi mana pulak malam-malam ni Naz?” “aku nak keluar pergi Giant kejap. Nak beli barang,kau nak kirim apa-apa tak?”Naz bertanya pada Zaty sambil tangannya mencapai kunci kereta di atas meja. “kau beli buah la ye..epal ke..anggur ke..dah lama aku tak makan. Asyik telan oren Sunkist tu je. Sampai meragam perut aku ni dibuatnya.” Naz ketawa. “yelah..aku pergi dulu ye. Kau jaga diri kat umah ni, k. bye!” Naz Adliana menutup pintu rumah.

Ahad, 16 Mei 2010

bab 4

Hari Sabtu yang indah. Pagi itu Airell bangun awal. Dia berniat untuk meluangkan masa hujung minggunya di rumah ladang milik keluarganya yang terletak di Batu Pahat. Kalau dari rumahnya di Putrajaya, hanya beberapa jam saja perjalanan. Tapi mungkin kali ini dia bercuti di Batu Pahat agak lama. Sudah hampir tiga bulan dia tidak kesana kerana terlalu sibuk dengan tugas dipejabatnya yang semakin hari semakin bertambah.
Setelah selesai bersarapan dia mencapai handphone Nokia N92 nya yang terletak di atas meja lalu berjalan menuju ke halaman tepi rumah banglo milik keluarganya.
“hai..sweetheart! tengah buat ape tu? Ke baru bangun ni? Hmmm?” Airell menyapa orang yang berada dihujung taliannya. “hello..sayang. Alyn baru siap sarapan dengan ibu. Ni ada dalam bilik, niat tadi nak kemas-kemas la sikit. Eh…sorry ye..Alyn dari pukul 5.30 lagi bangun tau! Oh..ya..Ayie call pagi-pagi ni nak apa? Rindu Alyn eh?” Alynna sengaja memanjakan suaranya.
“Ayie ingat nak ajak Alyn teman Ayie pergi Batu Pahat. Sekarangkan tengah musim buah. Boleh kita makan buah puas-puas kat sana. Alyn nak ikut tak? Ke Alyn ada program lain hari ni?” Airell menyampaikan niatnya kepada buah hatinya.
“Alah…Alyn dah janji dengan Syuhada nak teman dia pergi shopping. And the bad thing, Alyn dah tak boleh nak cancel. Kan hari tu kita dah spent banyak masa untuk persiapan pertunangan kita. Alyn minta maaf ye. I hope you will understand.” Alynna merayu simpati Airell. Dia memang tak boleh batalkan janjinya dengan Syuhada. Nanti apa pula kata kawannya itu.
Airell tidak kecil hati dengan jawapan Alynna tadi. Dia pun mempunyai kawan-kawan dan selalu menghabiskan masa bersama mereka. Alynna tidak pernah merungut soal itu. Lain kali dia boleh berjumpa dengan tunangnya itu. Lagipun Suraya itu teman rapat Alynna sejak dari mula-mula dia mengenali Alynna lagi. Mereka sememangnya akrab. Bagai isi dengan kulit.
“oklah sweetheart! Alyn jaga diri tau! Jangan nakal-nakal ye. Ayie sayang Alyn. I love you with all my heart.” Airell sebenarnya agak risau dengan keselamatan Alynna. Biasalah kata orang dulu-dulu, orang yang dah bertunang ni darahnya manis. Takut terjadi perkara yang tak diingini. Nauzubillah…..
“ya..Ayie. Alyn akan jaga diri. Ayie tu nanti drive elok-elok ye. Jangan mengelamun kuat sangat! Nanti next weekend kita jumpa ye. Kita bincang pasal wedding kita ye.” Airell kembali tenang mendengar kata-kata tunangnya. “ok nanti kita jumpa. Bye sweetheart! Love and miss you a lot! Assalamualaikum.” Airell memutuskan talian sebaik saja Alynna menjawab salamnya. Airell terus menuju ke bilik tidurnya untuk mandi sebaik saja dia menyambung wayar pengecas handphonenya di soket elektrik diruang tamu rumahnya.

Alynna menuruni anak tangga rumahnya. “Ina..Ina. .nak kemana tu?” Puan Maisarah menegur puteri tunggalnya sebaik saja gadis itu melangkah melepasi ruang tamu. “Ina nak keluar dengan Syuhada bu. dia ajak Ina temankan dia shopping. Ibu nak pesan apa-apa ke?” Alynna bertanya pada ibunya.
“nanti kalau Ina balik, Ina singgah kat pasaraya, tolong belikan ibu rempah kari dan kiub pati ikan bilis ye. Mak Jah lupa nak beli tadi. Papa Ina nak makan kari kepala ikan malam ni.” Puan Maisarah menghampiri Alynna. “Ina jaga diri ya! Hati-hati. Ibu sayang Ina. Cepat balik ya nak!”
Puan Maisarah tak mengerti mengapa dia berperasaan begitu. Terasa begitu berat ingin melepaskan Alynna keluar rumah hari ini. Semalam dia bermimpi sesuatu yang amat menyedihkan. Namun dia buat tidak tahu saja. Alynna berasa hairan dengan kelakuan ibunya. Tidak pernah dia melihatkan riak kerisauan dan kesedihan diwajah ibunya sebelum ini. Tapi hari ini, mengapa ibunya bersikap begitu.
“Kenapa bu? Ina kan dah besar. Yelah…Ina kan jaga diri. Ibu janganlah macam ni. Tak tenang hati Ina kalau ibu macam ni.” Alynna memeluk ibunya. “yelah..Ina jaga diri tau.” Puan Maisarah mencium kedua-dua belah pipi Alynna. Gadis itu menyalami tangan ibunya. “Ina pergi dulu ye bu.”
Puan Maisarah memerhati kelibat anaknya yang kian hilang dari pandangan. ‘Ya Allah. Kau lindungilah anakku dari segala bahaya diluar sana. Semoga dia selamat pergi dan selamat balik.’ Akhirnya airmata yang bertakung di kolam mata perempuan itu berderai juga.

Farisya Alynna bertemu dengan Syuhada ditempat yang dijanjikan. Sebaik saja Alynna melepasi pintu masuk kafe itu.. “Ina..sinilah..!” laung Syuhada yang duduk di ruang tengah kafe itu. “hai,Sue. Dah lama tunggu ke?” sapa Alynna sebaik saja dia melabuhkan punggung di kerusi dihadapan Syuhada. “dah naik kematu punggung aku tunggu kau tahu tak!” Syuhada memuncungkan mulutnya. “Comel la muka kau macam tu. Muncung tu macam itik aku tengok.” Alynna ketawa. Dia tahu kawannya itu hanya pura-pura merajuk. “kau ni kan. Bukannya nak pujuk aku. Kau kutuk lagi ada. Ee..geramnya…!” Alynna ketawa lagi.
“ maaf ye tuan puteri. Lain kali patik tak datang lambat lagi. Kalau jalan tu jam. Patik beli roti banyak-banyak. Lepas tu, patik bagi kat tuan puteri makan ye. Biar badan tu bertambah tembam.” Bibir Syuhada mulai mengukir senyuman. Dia cuba menahan ketawa. Tak mahu mengalah dengan taktik Alynna memujuknya. Alynna memang kenal benar perangai dirinya. Mana tak nya. Sudah hampir 7 tahun hubungan persahabatan mereka. Semua kisah suka dan duka Alynna akan dikongsi bersamanya. Kalau disekolah dulu, mereka digelar belangkas. Dimana ada Syuhada, disitulah ada Alynna.
Fikiran Syuhada kembali ke zaman persekolahannya. Dia teringat pada mula-mula dia mengenali Alynna. Pada waktu itu, minggu orientasi dijalankan di sekolahnya untuk pelajar tingkatan 4. Alynna pelajar yang baru yang berpindah ke sekolah itu. Pada mulanya, Syuhada tidak suka dengan Alynna. Kerana baginya Alynna seorang yang sombong. Alynna bersikap begitu kerana dia masih tidak biasa dengan keadaan dan suasana disekolah itu. Baru 2minggu dia berpindah ke Malaysia. Dirumah pun dia tidak biasa. Apatah lagi disekolah. Dia kurang bercakap dan lebih suka bersendiri bila kemana-mana.
Pada suatu petang, sewaktu Syuhada pulang dari sekolah. Dia melalui sebuah persimpangan jalan yang agak sunyi. Dia selalunya tidak melalui jalan itu. Namun oleh kerana hari sudah lewat petang. Dia terpaksa ikut jalan pintas. Sedang dia berjalan, belakangnya dicuit seseorang.
“ai..cik adik. Sorang je? Boleh abang teman?” lelaki itu menyapa Syuhada dan cuba berjalan seiringan dengan Syuhada. Dia buat-buat tidak dengar kata-kata lelaki itu dan mempercepatkan langkahnya. “janganlah sombong sangat.” Lelaki itu merangkul pinggang Syuhada. “hei..awak ni nak apa. Jangan ganggu saya. Lepaslah..!! saya tak kenal awak.” Suraya buat-buat berani. Lelaki itu makin mengganas. Dia menolak tubuh mungil Syuhada. Syuhada terjelepok jatuh ke tanah. “awak ni gila ke??!!! Awak nak apa???? Lepaskan saya..!!” tubuh Syuhada menggigil ketakutan. “aku nak kau lah!!! Hahaha…” lelaki itu menerkam kearah Syuhada.
Alynna yang menunggang motosikal kebetulan melalui jalan itu ternampak pergelutan yang sedang berlaku. Dia berhentikan motosikalnya dan menghampiri mereka dan cuba menolong Syuhada. “kau buat apa ni..hah!!!” Alynna menyepak badan lelaki itu. Lelaki itu bangun dan cuba melawan Alynna. Dengan pantas Alynna menumbuk muka lelaki itu. Lalu darah pekat berwarna merah mengalir di bibir lelaki itu. Dia bergegas lari setelah Alynna mencapai sepotongan kayu yang agak besar untuk memukulnya.
“terima kasih Alynna.” Syuhada bersuara dalam tangisan sebaik saja Alynna menghampirinya dan cuba memapahnya bangun. “awak tak apa-apa ke?” Alynna bertanya pada Syuhada sambil memandang kearah bahu kiri baju Syuhada yang terkoyak. “saya tak apa-apa. Terima kasih Alynna. Terima kasih banyak-banyak. Kalau awak tak ada, tak tahulah apa yang akan berlaku pada saya.” Syuhada menangis teresak-esak. Alynna memeluknya. “dah la.. awak jangan risau. Awak dah selamat. Jom kita pergi balai polis. kita tak boleh biarkan lelaki jahanam itu lepas bebas.” Alynna memapah Syuhada ke motosikalnya.
Sejak peristiwa itu, mereka berkawan rapat. Syuhada bukan saja terhutang budi dengan Alynna, malah dia terhutang nyawa. Jika Alynna tidak melalui jalan itu. Dia mungkin sudah dinodai. Atau mungkin sudah dibunuh oleh lelaki gila itu. Syuhada amat bersyukur kerana dia dibantu oleh Alynna.
“maafkan aku ye Ina. Selama ni aku tak pernah cuba berkawan dengan kau. Malah aku cakap kau sombong. Tapi sebenarnya tak. Kau baik sangat. Aku beruntung dapat kawan macam kau. Kau lah kawan aku dunia dan akhirat.” Syuhada meluahkan apa yang terpendam dihatinya pada Alynna. “aku tak pernah benci kau. Aku pun beruntung dapat kawan macam kau. Aku sayang kau.” Alynna memegang tangan Syuhada. “kau pun kawan aku dunia akhirat. Dan mulai hari ni, kita berjanji untuk kongsi suka dan duka bersama-sama.” Alynna memandang wajah Syuhada. Syuhada mengangguk dan memeluk Alynna erat. Setelah itu, persahabat mereka terjalin. Dan sampai sekarang, mereka masih lagi rapat.
“kau ni kenapa senyum-senyum ni? Dah jatuh cinta ke?” Syuhada tersentak. Dia kembali kealam nyata. Lama benar dia mengelamun. “aku teringat kisah lama la.” Alynna tersenyum manis. “aku ingat kau berkhayal kat mamat yang buat roti canai tu. Dari tadi lagi kau pandang dia. Hehe..”
“aduh…!” Alynna menggosok paha nya. “hah..padan muka! Usik aku lagi..” Syuhada mengangkat ibu jarinya. “dah kau tu..dah lah diam,pandang mamat tu lagi..pahtu senyum-senyum macam kambing pulak. Tu yang aku ingat kau dah berkenan kat mamat tu.” Alynna tersenyum lagi. “dah la..jom kita pergi. Makin lama kita duk kat sini, makin banyak kau melalut nanti.” Syuhada bangun dan mengheret tangan Alynna. “jomlahh..” “kalau kau berkenan kat mamat tu, aku boleh tolong rekemen kan..hehe.” Alynna menyakat Syuhada. “dahla tu..aku surrender. Let’s make a move. Nanti lewat pulak balik.” Begitulah Alynna. Suka sangat menyakat dirinya. Kadang-kadang sampai nak pecah perutnya ketawa dengan sikap Alynna yang suka berlawak dan mengusiknya.Alynna bingkas bangun dan mengikuti langkah Syuhada.
Hampir dua jam Alynna dan Syuhada meronda-ronda di Suria KLCC. Tangan kanan dan kiri dua gadis itu sarat dengan beg kertas yang berisi pelbagai jenis barangan. “emm..aku dah penat la..jom kita balik.” Alynna bersuara. “aku pun dah tak larat nak jalan. Jomlah.”Mereka menuju ke arah pintu lif dan turun ke tingkat parking.
“kau hantar aku kat butik kakak aku ye. Aku tinggal kereta kat sana tadi.” Alynna mengangguk saja mendengar kata-kata Syuhada. “alamak Sue…! Aku lupala nak beli barang yang ibu aku pesan. Macam manelah boleh lupa ni. Tak masak lah ibu aku malam ni.” Alynna menepuk kepalanya. Macam manalah dia boleh lupa pesanan ibunya. “alah..kau ni..macam la KL ni takde pasaraya. Hah..kalau kau malas, kau berhenti je kat hujung jalan ni. Ada mini market. Kau belilah apa yang ibu kau kirim tu.” Suraya menggelingkan kepalanya. kenapalah Alynna begitu kalut dan cemas. Selalunya Alynna tidak begitu. Dialah yang paling kool dalam apa jua situasi.
“ye tak ye jugak. Genius jugak kau ni kadang-kadang ek.” Alynna meneruskan pemanduannya sambil tersenyum kambing. “perli aku la tu. Mentang-mentang kau pandai sikit dari aku. Kau cakap aku macam tu ye. Tapi takpe, aku tak terasa pun.” Syuhada tersenyum. ‘Ina..Ina..tak habis-habis..’ Alynna memberhentikan kereta di tepi jalan. “kau tunggu kejap ye. Aku nak beli barang.” Syuhada mengangguk.
Alynna melintas ke seberang jalan menuju ke mini market. 10 minit kemudian Alynna keluar dari kedai itu sambil menjinjing beg plastik sederhana besar. Syuhada memerhati Alynna dari seberang jalan. Alynna berlari anak melintas jalan itu.
Tiba-tiba bunyi dentuman yang amat kuat. Syuhada bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Kejadian berlaku dalam sekelip mata. Tubuh Alynna terhumban jatuh ke tepi jalan setelah sebuah kereta yang meluncur laju melanggar Alynna.Syuhada berlari mendapatkan Alynna. “ Ina………….!!!” Syuhada bagaikan histeria. Dia memeluk erat tubuh Alynna yang sudah lecun dengan darah.

Gagang telefon di tangan Puan Maisarah jatuh ke lantai. Tubuhnya menjadi lemah dan badannya terketar-ketar mendengar berita yang diterimanya dari pada pihak hospital. “abang…bang…!!!!!” Puan Maisarah menjerit memanggil Encik Marwan.
“ya..Allah..kenapa ni Sarah? Apa dah jadi ni..” Encik Marwan terkejut melihat keadaan isterinya yang sudah terjelepuk di atas lantai. “Ina..bang..Ina..” Puan Maisarah teresak-esak. Dia tidak dapat berkata-kata lagi. “kenapa dengan Ina, Sarah? Apa dah jadi pada dia? Siapa yang telefon tadi?” Encik Marwan mulai cemas apabila nama puteri tunggalnya disebut. ‘apa yang dah berlaku pada Ina.’
“aunty, macam mane Ina? Dia ok ke?” Airell bertanya dengan nada yang amat risau. Jantungnya seakan berhenti berdegup apabila Uncle Marwan menghubunginya dan memberitahu tentang apa yang berlaku pada Alynna. Dia bergegas pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga. “sabarlah Airell. Ina masih ada dalam bilik operation lagi. Tadi doktor cakap dia mengalami sedikit komplikasi. Dia kehilangan banyak darah. Sabar lah nak..” Encik Marwan memegang bahu Airell. Puan Maisarah bagai orang bisu. Dia tidak menuturkan apa-apa, hanya airmata nya yang tidak berhenti mengalir.
‘ya..Allah..mengapa dugaan Kau begitu berat? Dimanakah dosa dan salahku? Aku tak sanggup kehilangan wanita yang amat ku cintai. Dia sedang berperang dengan ajalnya, Ya Allah. Kau bantulah dia Ya Allah..Aku mohon..’ Airell berdoa didalam hati. Hampir 1jam mereka menunggu, namun pintu bilik pembedahan masih belum terbuka.
Airell melangkah menuju ke surau hospital. Dia mengambil air sembahyang dan menunaikan solat hajat. setelah itu dia membaca surah Yasiin untuk kekuatan Alynna yang sedang tenat. Setelah selesai, dia menadah tangan membaca doa.
“Ya Allah..Aku bermohon pada mu Ya Allah. Kau berilah kekuatan dan semangat untuk Alynna. Aku tak sanggup kehilangannya Ya Allah. Ambillah nyawa ku ini sebagai ganti. Namun kau pulihkanlah Alynna ya Allah.” Tangan Airell meraup pipi yang basah dengan airmata. Sebak dan pilu perasaannya hanya Tuhan saja yang tahu.
Sewaktu Airell tiba di tempat menunggu, seorang doktor yang baru keluar dari bilik operation itu menghampiri ibu dan bapa Alynna,Syuhada dan ibu bapa Airell. “kami minta maaf. Kami dah cuba sedaya upaya kami. Namun Alynna tak dapat kami selamatkan.” Riak wajah doktor itu suram. “takziah..” suara itu begitu jelas kedengaran di telinga Airell. ‘tak mungkin!’ hati Airell menjerit. Puan Maisarah rebah lemah.
Mayat Alynna dibawa keluar. Airell menuju kearah katil beroda yang menempat mayat Alynna. “Alyn..bangun Alyn…bangun..Alyn tak boleh tinggal Ayie macam ni. Alyn janji nak sehidup semati dengan Ayie. Alyn..bangun Alyn..Kenapa Alyn tinggal Ayie..” Airell begitu sebak. Takdir yang tidak pernah terfikir oleh Airell yang bakal berlaku dalam episod cinta dan hidupnya. Persis tujuh petala langit telah runtuh lalu menimpa dirinya.

Khamis, 13 Mei 2010

bab 3

Sudah hampir 3bulan Amysha berada di Kuala Lumpur. Sekarang dia tinggal di sebuah rumah sewa bersama dengan Fazrul. Dia melayan Fazrul seperti suaminya walaupun mereka belum berkahwin. Sedang dia asyik menonton televisyen. Pintu rumahnya diketuk. Wajah sugul Fazrul muncul setelah pintu dibuka oleh Amysha.
“Lewat balik hari ni bang. Banyak kerja ye.” Amysha cuba berbahasa dengan Fazrul. Namun renungan tajam Fazrul membuat mulutnya terkunci untuk bertanya lebih lanjut. “Kau sibuk kenapa? Aku tak menyusahkan kau kan! Aku bukan suami kau! Pergi naik atas! Aku tak sanggup tengok muka kau!” terketar-ketar badan Amysha mendengar teriakan Fazrul.
“kenapa bang? Kenapa jadi macam ni. Mysha buat salah ke?” Amysha tak puas hati. Kenapa dirinya diperlakukan begitu. Memang begitu lah sikap Fazrul akhir-akhir ini. Apabila pulang ke rumah, pasti dengan muka masam. Mengamuk dan menghina Amysha dengan kata-kata kesat. Amysha pun hairan dengan perubahan sikap Fazrul. apakah dia ada masalah? Fazrul yang begitu penyayang dan romantik boleh berubah dengan mendadak.
Kadang-kadang dirinya menjadi mangsa kemarahan Fazrul. Sampai berbalun lengan Amysha dipukul dengan tali pinggang. Namun Amysha terpaksa redha diperlakukan begitu. “yang kau tercegat kat situ tu kenapa? Pekak?” tengking Fazrul.
“kenapa abang buat Mysha macam ni?” kolam mata Amysha mula berkaca. Amysha takkan duduk diam malam ni. Biarlah apa-pun berlaku. Dia sudah tidak tahan dengan perangai gila Fazrul. Dia bukan mahu bertengkar dengan Fazrul. Tapi dia hanya ingin mengetahui apa yang berlaku,sehingga Fazrul boleh jadi begitu.
“yang sebenarnya Abang ada masalah.” Nada suara Fazrul tiba-tiba berubah. Dia menghampiri Amysha lalu memegang bahu gadis itu. Matanya merenung tepat ke dalam mata Amysha. Fazrul cuba meraih simpati Amysha. “abang ada masalah apa? Ceritalah kat Mysha. Kalau boleh bantu,Mysha bantu.” Amysha cuba untuk meringankan beban yang ditanggung Fazrul.
“syarikat abang bankrap. Hutang di bank abang tak dapat bayar. Itu belum ditambah dengan hutang dengan kawan-kawan abang. Matilah abang kali ni. Kalu abang tak dapat bayar semua hutang-hutang tu. Abang akan didakwa.” Ujar Fazrul dengan nada teramat risau. “kalau bab tu, Mysha tak dapat nak bantu. Mysha mintak maaf. Mysha pun bergantung dengan Abang. Tapi kalau abang ada cara bagaimana Mysha boleh bantu,Mysha bantu.” Tutur Amysha luhur.
Fazrul tiba-tiba teringat tawaran kawannya,Joe.Tapi dia sayangkan Amysha. Cintakan Amysha. Serabut fikiran Fazrul ketika itu. Antara cinta dan kepentingan dirinya. Namun cinta perlukan pengorbanan. Amysha harus berkorban demi cintanya. Ya! Amysha harus berkorban.
“baiklah..kalau Mysha nak tolong abang. Malam esok kita keluar ye.” “kalau itu boleh membuat abang gembira,Mysha kan turut.” Fazrul memeluk tubuh Amysha. Lelaki itu tersenyum. ‘maafkan abang Amysha!’ hati Fazrul menjerit. Namun apa boleh buat. Dia tak sanggup hidup dalam keadaan seperti itu. Walau apapun berlaku, cintanya hanya untuk Amysha. Dan takkan mungkin ada gadis lain dapat mengganti posisi Amysha dihatinya.
Keesokkan harinya,Fazrul tidak pergi ke tempat kerja seperti biasa. Seawal jam 6 dia sudah bangun. Dia membersihkan rumah dan menyediakan sarapan untuk Amysha. Sedang asyik dia menghidangkan sarapan diatas meja. Amysha tiba-tiba mengenjah ke dapur. Dia agak terkejut melihat Fazrul dan sarapan yang terhidang diatas meja.
“abang buat apa ni? Kenapa tak bangunkan Mysha?” soal Amysha kehairanan. Fazrul menguntum senyuman yang menawan pada Amysha. “saja je abang buat semua ni. Lagipun abang tak kerja hari ni. Sekali-sekala abang buatkan sarapan kat sayang. Tak salahkan?” sudah lama Fazrul tidak memanggil Amysha dengan panggilan itu. Amysha memang agak hairan dengan kelakuan Fazrul hari ini. Lelaki itu begitu romantik. Dia melayan Amysha seperti seorang puteri. Kelakuan Fazrul berlanjutan sampai ke petang. Dan buat kali pertamanya, Fazrul mengajak Amysha untuk membeli-belah di shopping mall.
“Sayang pilihlah baju yang sayang suka. Abang nak sayang berpakaian cantik malam ni untuk makan malam kita.” Amysha bertambah hairan. Apalah agaknya perkara yang dia akan lakukan untuk membantu Fazrul malam ini. Amysha turutkan jua kehendak Fazrul. Lagi pun dia bahagia dilayan sebegitu oleh Fazrul.
Amysha mengenakan pakaian yang dibeli oleh Fazrul tadi. Dia mencalitkan gincu ke bibir mungilnya. Setelah lama di menatap wajahnya dihadapan cermin, dia telah berpuas hati dengan penampilannya. Baju blaus yang di belinya tadi agak seksi kerana potongan leher baju itu agak luas sehingga menampakkan leher Amysha yang jinjang dan separa dari dadanya. Dipadankan pula skirt jeans labuh berwarna hitam yang agak feminine rekaannya.
Amysha menyisir rambutnya yang mengurai ke sebelah kanan dan meletakkan penyepit rambut berbentuk rama-rama di atas telinga kanannya. Dia kelihatan sungguh ayu. ‘emm..dah lama aku tak melaram begini’ getusnya didalam hati.
Dia melangkah kaki keluar dari biliknya. Fazrul sedang menunggunya di ruang tamu. “bang..Mysha dah siap. Jom kita pergi.” Amysha menegur Fazrul yang sedang leka menonton siaran di televisyen. Apabila terpandang penampilan Amysha malam itu, hati Fazrul seakan berhenti berdegup. “cantiknya sayang malam ni” Fazrul bingkas bangun menghampiri Amysha lalu mencium dahi Amysha. “abang cintakan Mysha,walau apapun berlaku!” “Mysha pun cintakan abang.” Balas Amysha berserta dengan senyuman yang sungguh indah.


Itulah pertama kalinya Fazrul Azzfar membawa Farra Amysha ke restoran mewah. Selalunya mereka hanya makan di warung mamak atau restoran-restoran biasa saja. Restoran Arjuna Hati. Nama restoran yang cukup indah. Seindah dengan hiasan dalaman restoran itu. Di setiap sudut restoran itu dihiasi dengan landskap menarik yang disertakan dengan air pancut buatan yang pelbagai bentuk dan corak.
Fazrul dan Amysha menuju ke meja yang terletak di suatu sudut yang agak tersorok. Hiasan meja itu diserikan dengan dua batang lilin merah yang membangkitkan suasana romantik. Setelah Fazrul dan Amysha duduk,seorang pelayan berbaju merah jambu menghampiri mereka dan menghulurkan menu. “Sayang pilihlah apa yang sayang nak makan. Malam ini malam yang kita berdua.” Dengan senyuman dan anggukan dari Amysha, Fazrul merasakan amat bahagia.
Fazrul dan Amysha meninggalkan restoran Arjuna Hati satu jam kemudian. “kita nak kemana pula lepas ni bang.”soal Amysha kehairanan kerana Fazrul tidak melalui jalan yang dilaluinya sebentar tadi. Namun Fazrul hanya membalas persoalan Amysha dengan senyuman.
Hampir lima belas minit perjalanan, Fazrul membelokkan kereta ke pintu masuk Kuala Lumpur International Hotel. “kita nak buat apa kat sini bang?” Amysha tidak senang hati. “Mysha cakap nak tolong abangkan.” Ada nada keras di sebalik suara Fazrul.
Setelah memarkirkan kereta, Fazrul dan Amysha berjalan memasuki lobi hotel dan menuju ke kafetaria. Fazrul mengangkat tangan pada seorang lelaki Cina yang duduk di meja hujung. Mereka berjalan menghampiri meja itu. “hai,joe! Sorrylah lambat sikit. Ni I kenalkan pada you Farra Amysha. Girl yang I cerita kat u dulu.” Amysha berjabat tangan dengan lelaki yang bernama Joe itu. “what the beautiful girl. So sexy!” Joe tersenyum sinis. Amysha tidak senang dengan cara Joe merenungnya. Lelaki itu merenungnya seperti mahu menelan Amysha.
“ini baki payment u. So sekarang girl ni I punya!” itulah kata-kata yang dituturkan oleh Joe sebaik saja mereka duduk. Riak wajah Amysha berubah tiba-tiba. “apa semua ni bang?? Siapa lelaki ni? Kenapa dia cakap Mysha milik dia?” Amysha sudah tidak sabar. Fazrul hanya membatukan diri. Amysha mengoncangkan tubuh lelaki itu. “Ray, Shah. Bawak pompuan ni ke dalam kereta!” dua lelaki yang berdiri di tepi dinding segera menghampiri Amysha dan mencengkam tangan Amysha.
“bang! Tolong Mysha bang! Tolong! Mysha tak nak pergi dengan dieorang! Mysha takut!” airmata Amysha berguguran ibarat manik yang terputus dari untaiannya. Fazrul tidak menoleh pun melihat Amysha. Dia tidak memperdulikan raungan Amysha. “kenapa abang buat Mysha macam ni?” Amysha sudah hilang pertimbangan. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri dari dua lelaki itu. Namun apakan daya. Dia tidak mampu melawan kekuatan dua lelaki itu.
Amysha dibawa pergi. “thanks,Bro!” ungkapan terakhir dari Joe sebelum dia melangkah mengikuti dua lelaki tadi. Airmata Fazrul akhirnya jatuh juga. “maafkan abang sayang! Abang terpaksa!” tutur Fazrul perlahan.

Sejak malam itu, Amysha dipaksa untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan di kelab malam milik Joe. Amysha terpaksa melakukan kerja itu. Jika tidak dia akan disiksa oleh Joe. Pernah sekali sampai seminggu dia tidak diberi makan kerana tidak mahu bekerja di kelab malam itu.
Sejak kejadian itu, dia menurut saja apa yang diarahkan kepada dirinya. Walau bagaimanapun Amysha tetap mempertahankan kesuciannya. Dia hanya melayan pelanggannya minum dan menari. Ada pelanggan yang menginginkan tubuhnya. Namun dia memberi seribu alasan untuk tidak melakukan perkara terkutuk itu.

Engku Airell Aiman memandu Honda Accordnya menuju ke Restoran Mentari Malam. Dia sudah berjanji dengan tunangnya untuk makan malam disitu. Sejak dari majlis pertunangan itu, sudah hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan Farisya Alynna.
Rindu ingin menatap wajah ayu Alynna sudah menggebu didada. Dia terpikat dengan sikap Alynna yang manja, ceria dan peramah. Alynna juga mempunyai senyuman yang menawan yang boleh membuatkan Airell selalu memikirkannya.
“Hai, sweetheart! Dah lama tunggu? Sorry ya Ayie lambat. Jalan jam tadi. Ada accident.” Tegur Airell. Alynna berpura-pura merajuk. Sudah lama dia tidak bermanja dengan buah hatinya. “Alyn marah Ayie ya? Sorry la. Ayie tak sengaja. Bukan Ayie mintak pun jadi macam ni. Ayie tak sabar-sabar nak jumpa Alyn. Kalau Ayie ada sayap dah lama Ayie terbang ke tempat Alyn.”
Alynna tetap membatukan diri. Dia bukan sengaja mahu bersikap begini, tapi sudah sejam dia menunggu Airell. Biarkan Airell rasa. Airell mula resah. Masakkan pertemuan ini akan tetap hambar begini. Dia berfikir sejenak.
Dia bangun dari kerusi dan menuju ke ruang tengah restoran yang menempatkan sebuah pesta mini dan sekumpulan pemain muzik diatas pentas itu. Sudah menjadi keistimewaan restoran ini, para pelanggan boleh menyanyi atau membuat permintaan lagu. Airell membisikkan sesuatu di telinga pemain keyboard yang memakai baju hitam bercorak merah.
“Saya ingin dedikasikan lagu ini untuk tunang saya yang tersayang, Farisya Alynna yang duduk di meja di hujung sana tu. Saya mencintainya dengan setulus hati saya. Dan saya berharap agar anda semua mendoakan kebahagiaan kami. Semoga anda semua terhibur.” Alynna terkejut kerana namanya disebut oleh Airell. Dia tersenyum bahagia kerana Airel melafazkan cintanya dihadapan orang ramai. Muzik pun mengalun dengan syahdunya.
Hanya padamu ku serahkan segalanya
Kau bertakhta dinurani anggun cintamu abadi
Hanya padamu pertama dan yang terakhir
Pohon cintaku merendang disirami
Jiwaku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaianmu
Cintamu selembut sutera
Menjadi saksi kasihku
Tiada dua hanyalah satu
Kau yang ku cintai…
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku tempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi dihatiku
Seulas bibirmu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari matamu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak
Saujana membiru
Cerahlah wajahmu
Di rimba senduku
Menjadi hamparan…
Cinta suci….
Tepukan gemuruh bergema setelah Airell selesai mendendangkan lagu itu. Alynna bingkas bangun apabila melihat Airell berjalan kearahnya. “thanks Ayie!! Best sangat lagu tadi. And I love you too!” Alynna meluahkan perasaan terharunya. “ I will do anythings to make you happy and keep smiling sweetheart!” memang Airell akan melakukan apa saja untuk membuat gadis pujaannya bahagia. Airell amat mencintai Alynna. Begitu juga Alynna. Namun perjalanan hidup masih panjang. Kita tak mengetahui apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Malam itu, Joe membawa Amysha ke sebuah tempat yang tidak Amysha ketahui dimana. Amysha hanya menuruti apa saja arahan Joe. Dia sudah putus asa untuk hidup sejak orang yang paling dia cintai sanggup menjual dirinya. Dan sejak itu dia membenci setiap lelaki. Sakit hatinya bila memikirkan kenangannya bersama Fazrul. Kasih sayang dan cinta Fazrul pada dirinya rupanya sandiwara semata-mata.
Joe membawa Amysha bertemu seorang lelaki yang sudah agak tua. Namun penampilannya agak kemas. Mungkin lelaki tua itu seorang yang kaya. “saya akan bayar berapapun, yang penting perempuan ini jadi milik saya.” Lelaki tua itu bersuara. Joe tersenyum. “ok bos. I mau lima ratus ribu ringgit cash.” Lelaki tua itu mengeluarkan sebuah beg berwarna hitam. “ saya dah sediakan duitnya. Semuanya ada dalam beg ni.” Lelaki tua itu bersalam dengan Joe. “perempuan ni milik you sekarang.”
Amysha ditinggalkan bersama lelaki tua itu. Setelah itu, lelaki tua itu membawa Amysha ke tempat letak kereta. “masuklah. Malam ini awak dah bebas!” Amysha agak terkejut mandengar kata-kata lelaki itu.
“mula-mula saya terpandang awak pada malam saya menemani rakan kongsi saya minum di kelab tempat awak bekerja. Saya pun tak tahu kenapa, apabila saya melihat awak saya berasa sangat kasihan. Saya seperti melihat anak saya. Sejak itu saya perhatikan awak di kelab malam itu. Awak bukan seperti pelayan yang lain. Saya tahu awak perempuan yang baik. Awak cuma mangsa keadaan. Saya cuba bertanya tentang awak dengan pekerja disitu. Mereka kata awak dari kampung. Kekasih awak yang menjual awak pada Joe. Dan mulai saat itu, timbul niat dihati saya untuk membantu awak bebas dari tempat itu. Dan alhamdulilah, sekarang awak dah selamat.” Tutur lelaki itu setelah kereta yang dipandunya meluncur laju.
Airmata dipipi Amysha mengalir. Masih ada lelaki yang tulus seperti lelaki ini. “terima kasih encik. Saya terhutang budi dengan encik. Saya tak tahu bagaimana hendak membalasnya.” Tutur Amysha dalam keadaan terharu bercampur sebak. Dia seakan tidak percaya dirinya sudah bebas dari cengkaman Joe dan tempat yang hina itu. “awak sabarlah. Awak jangan risau. Awak dah selamat. Lepas ni awak boleh tinggal dirumah saya.”
Lelaki tua itu membawa Amysha ke sebuah rumah yang terletak di Bukit Kiara. Kelihatan dari jauh rumah banglo berwarna biru putih tersergam indah setelah lelaki itu membelokkan keretanya memasuki pintu gerbang utama kawasan rumah agam. “ini rumah saya. Mari kita masuk.” Lelaki itu mempelawa Amysha masuk.
Sebaik saja Amysha melangkah kaki kedalam rumah itu, dia disambut oleh seorang perempuan yang berusia lingkungan 50an. “mari masuk nak. Anak boleh panggil mak cik Mak Yam. Tentu anak ni Farra Amysha kan. Tuan Nasharuddin banyak cerita pasal anak dengan Mak Yam dan Pak Din.” Perempuan itu menegur Amysha dengan ramahnya. “Mak Yam nak panggil apa anak ni. Mak Yam panggil Farra ye. Boleh?” Amysha tersenyum. “apa-apapun boleh Mak Yam, tapi biasanya orang panggil saya Mysha.” Amysha memaniskan mukanya.
Tuan Nasharuddin yang sejak tadi hanya berdiam diri berdehem. “Dahla tu Yam. Bawa Mysha ke biliknya. Tentu dia penat. Biarkan dia berehat. Esok-esok boleh berborak lagi.” Mak Yam mengangguk.“mari Mysha,Mak Yam tunjukkan bilik.”
Amysha menghampiri Tuan Nasharuddin. “terima kasih banyak-banyak Tuan.”tutur Amysha dengan perasaan yang terhutang budi dan bersyukur. “mulai hari ini Mysha boleh panggil saya Ayah Din. Lagipun umur Mysha sebaya dengan anak saya.” Tuan Nasharuddin memegang bahu Amysha. “terima kasih Ayah Din.” Amysha tersenyum. Dia mengekori Mak Yam ke tingkat atas rumah itu.

bab 2

“Mysha..bangun sayang. Kita dah sampai ni.” Fazrul cuba mengejutkan Amysha dari lena yang panjang. Amysha bergeliat manja. Dia mengesat-gesat mata nya. Dirasakan segala lenguh sendi tulangnya. Mana tidaknya,sepanjang perjalanan mereka yang lama itu,Amysha hanya tidur . “kita dah sampai ke bang? Kenapa abang tak kejutkan Mysha” Tanya Amysha terpinga-pinga melihat persekitaran yang begitu asing baginya. “Kita dah sampai Kuala Lumpur ni sayang. Lena betul sayang tidur. Tak sampai hati abang nak kejutkan. Jom lah,abang dah check-in bilik untuk Mysha. Fazrul memimpin tangan Amysha keluar dari kereta.
Setibanya di pintu lif. Fazrul menghulurkan sesuatu kepada Amysha. “Sayang..ni kunci bilik. Sayang naiklah dulu. Bersihkan diri dan rehat. Abang ada hal kejap. Kawan abang tengah tunggu abang. Nanti abang belikan Amysha makanan. Jaga diri ya sayang, abang pergi kejap je!” Anak kunci bertukar tangan. “Erm..baiklah.” Amysha melangkah longlai ke dalam lif.
Fazrul yang berada didalam kereta memperlahankan volume radionya. “Hello, ya Joe. Aku dah sampai KL ni. Aku on the way ke tempat kau ni.” “ok aku tunggu.” Sahut Joe. Fazrul menekan pedal minyak menambah kelajuan kereta nya.

“Sayang..! sayang..! Kemanalah pulak Amysha ni. Mysha..!” panggil Fazrul setelah berada di dalam bilik hotel Amysha. Dia berasa hairan. Mengapa Amysha tidak menyahut panggilannya. Fazrul menuju ke bilik air. Dia memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Dia terkejut melihat Amysha yang sedang duduk sambil memeluk lutut. Pipi gadis itu basah dengan airmata. Dia teresak-esak.
“Sayang..kenapa ni. Janganlah macam ni. Janganlah sedih. Benda yang dah lepas tu biarlah berlalu. Kalau sayang terus-terusan macam ni, abang risau tau.”pujuk Fazrul sambil memeluk Amysha. Ditatapnya wajah gadis itu. Tangannya menyapu lembut airmata dipipi Amysha.
“Mysha berdosa bang! Mysha tak patut buat macam tu! Mysha serba salah!” rintih Amysha. Airmatanya seakan-akan tak mahu berhenti mengalir. Dia rasa sangat berdosa melarikan diri dari rumah. Namun dia manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesalahan. Memang dia sudah nekad dengan keputusannya sendiri. Tapi dia takut memikirkan apa yang bakal berlaku padanya selepas ini. Hanya Fazrul lah tempat dia bergantung harapan. Dia hanya berserah pada takdir. Fazrul memeluk erat tubuh Amysha.
“Abangkan ada.. jangan risau. Sayang jangan sedih. Abangkan selalu berada disisi sayang. Dan membantu sayang dalam apa jua situasi. Percayalah. Jangan fikir pasal keluarga sayang lagi. Abang sayang Mysha!” Dia tak sanggup melihat airmata di pipi Amysha.

Puan Rusliza menyarungkan sebentuk cincin platinum bertatahkan berlian ke jari manis Farisya Alynna. Selepas itu,Alynna tunduk menyalami tangan bakal mertuanya. Puan Rusliza memeluk erat tubuh bakal menantunya dengan harapan yang menggunung. Senyuman dibibir setiap tetamu menunjukkan tanda bersyukur dan tumpang gembira untuk tuan rumah. Namun orang yang paling bahagia dengan majlis ini ialah Engku Airell Aiman.
Gadis pujaannya kini telah diikat dengan janji setia untuk sama-sama menuju ke alam bahagia. Dari jauh Airell mencuri pandang raut wajah jantung hatinya yang kini telah menjadi tunangnya. Sungguh ayu Alynna berbaju kebaya sutera putih sedondong dengan tudung putih yang melilit di kepalanya.
Dia telah mengimpikan saat bahagia bersama gadis itu sejak pertemuan pertama lagi. Hubungan mereka terjalin sejak Alynna di bangku sekolah menengah lagi. Alynna pada waktu itu berada ditingkatan lima. Airell lah yang banyak member dorongan dan semangat pada Alynna. Waktu itu,mereka tinggal berjiran di Kampung Pandan Indah. Namun hubungan mereka terputus seketika kerana keluarga Alynna berpindah ke Putrajaya. Kalau sudah jodoh,tak kemana. Begitulah hubungan dia dengan Alynna. Airell bertemu Alynna kembali di sebuah shopping mall di Bandaraya Kuala Lumpur.
Sejak itu hubungan mereka kembali akrab. Sekali lagi mereka diuji dengan berita Alynna menerima tawaran belajar di University of Manchester. Hubungan jarak jauh antara Airell dan Alynna memang banyak dugaan dan cabaran. Sorang di Old Trafford,sorang lagi di Malaysia. Hanya kesetiaan dan kejujuran yang menjadi sandaran pada hubungan mereka. Sekembalinya gadis itu ke Malaysia, Airell terus melamarnya menjadi permaisuri di mahligai cinta mereka.
Pagi itu suasana riuh di jabatan pemasaran Nassa Techno Builder Sdn Bhd tiba-tiba menjadi sunyi-sepi setelah mendengar berita tentang majlis pertunangan pengurus pegawai pemasaran mereka. Semua pekerja seakan tidak percaya dengan berita yang baru diterima.
Bos di bahagian pemasaran yang sering menjadi rebutan bukan saja pekerja wanita di jabatan itu saja malah menjadi gilaan pekerja wanita dibangunan yang bertingkat 12 itu, sudah menjadi tunangan orang. Oleh kerana ketampanan wajah bos mereka itu tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata dan ditambah pula dengan sikap bos mereka yang ramah dan mudah tersenyum dapat mencairkan setiap hati yang memandangnya.
Yang paling kalut sekali mendengar berita ini ialah setiausaha pengurus pegawai pemasaran,Naz Adliana. Mana taknya, dia telah lama menaruh hati pada bos nya. Dia bertambah yakin dapat memikat bosnya itu,kerana setelah 3 tahun bekerja di bawahnya,bosnya tidak pernah menunjukkan bahawa dirinya sudah berpunya.
Namun berita yang baru didengarnya tadi telah membuat dia tak senang duduk menunggu kehadiran bosnya. Dia tak puas. Dia ingin mendengar dari mulut bosnya sendiri tentang kebenaran cerita itu. “aku tak puas hati! Mungkin Khairul sengaja mengada-ngadakan cerita. Dia memang tahu tentang perasaan aku kat bos. Dia memang sengaja nak buat aku sakit hati”ngomel Naz sendirian.
“Ehem..apa yang awak membebel pagi-pagi ni Naz. Kenapa muka awak tak ceria ni? Ada masalah ke?”soal Engku Airell Aiman. Dia melihat setiausahanya membebel sendiri sejak dari dia melangkah ke arah pintu biliknya tadi. Naz terkejut dengan sapaan bosnya. Akhir dia tersenyum sebelum menjawab persoalan majikannya itu. “maaf ya bos. Saya tak sedar bos masuk tadi. Saya tak ada apa-apa masalah. Saya ok je,”gadis itu tersenyum lagi. Ingin menunjukkan air muka yang ceria.
“o..tak apalah. Saya ingat awak ada masalah besar tadi. Masuk bilik saya sekarang ya. Bawa buku catatan. Saya nak awak buat teks untuk mesyuarat kita dengan syarikat MDF Holdings esok. Masuk sekarang ya.”terang Airell sebelum melangkah masuk ke biliknya.“Dia dengar ke aku cakap apa tadi. Kalau dia dengar matilah aku. Tapi mengikut percakapannya tadi tak kot. Nasib baiklah.” Naz Adliana meraut muka,lega dengan keadaan yang mencemaskannya tadi.
“bos..maaf ya. Lambat sikit. Saya pergi toilet tadi.” Risau juga Naz Adliana. Mana lah tahu bos nya itu tiba-tiba mengamuk. Memang nasib malanglah dia hari ini. “ok lah..awak catat apa yang saya nak cakap ye.” Engku Airell Aiman terus memberitahu tentang perkara yang ingin di sebut dalam mesyuarat esok. Hampir setengah jam Airell menerangkan semua maklumat yang ingin di bangkitkan. Tangan Naz Adliana pun sudah mulai lenguh mencatat apa yang diberitahu bosnya.
“Ok lah Naz. Saya rasa itu saja. Awak tolong letak teks saya tu kat atas meja saya selewat-lewatnya pukul 10pagi esok. Ada apa-apa yang awak nak tanya saya lagi?” soal Airell sambil memandang kearah setiausahanya. “Kalau berkaitan dengan apa yang bos cakap tadi,memang tak ada masalah. Tapi boleh tak saya nak tanya sesuatu berkaitan dengan hal peribadi bos?” seram juga Naz sebenarnya bertanyakan hal itu dengan Airell. Walaupun Airell agak peramah orangnya,tapi dia seorang yang perahsia. Apalagi kalau soal peribadi. Namun hatinya tak akan tenteram selagi dia tak dapat kepastian dari Airell sendiri.
“Awak nak tanya apa? Kalau boleh jawab,saya jawab.” selamba saja muka Airell sewaktu menuturkan ayat itu. “betul ke saya dengar cerita, bos bertunang semalam? Kenapa tak ajak kiteorang?” Naz tersenyum. Airell membalas senyuman Naz Adliana. Lama juga masa yang yang diambil oleh Airell untuk menjawab pertanyaan Naz Adliana. ‘apalah yang dia pikir. Jawab-jawab je lah. Buat aku suspen aje.’getus Naz Adliana didalam hati.
“Saya tak buat majlis besar-besar. Ajak saudara-mara je” Riak wajah Naz Adliana menunjukkan reaksi terkejut. “Hubungan kami dah lama terjalin. Lebih kurang 5tahun. Memang banyak dugaan dan cabaran,tapi kami kental menghadapinya. Mungkin dah tertulis jodoh saya dengan dia. Saya bahagia sangat dapat memiliki gadis yang saya cintai!”
Airell bangga dengan cintanya. Ada sesetengah pasangan yang susah untuk bersatu. Tak kurang juga cinta yang terhenti di pertengahan jalan. Namun baginya,itu semua nasib dan jodoh seseorang. Mungkin Tuhan dah ciptakan insan yang lebih baik dari insan sebelumnya. Dia teringat bait-bait lagu nyanyian kumpulan Slam..
Menyesal aku kerana menyangka ..
Nasib tak menyebelahi cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita….
Ya. Kita patut merasa bersyukur. Walaupun percintaan kita kecundang di tengah jalan. Namun Tuhan masih ada. Cinta yang abadi dan kekal untuk selamanya.
“takpelah bos. Semoga bos berbahagialah disamping orang yang bos cintai. Kami disini tumpang bahagia. Tahniah ya,bos!” ujar Naz Adliana lalu bangun dari kerusi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Padahal hatinya bagai dihiris dengan sembilu. “Terima kasih. Awak pun cepat-cepatlah kahwin ye!” tutur Airell sambil tersenyum manis,mengusik pekerjanya.

Rabu, 12 Mei 2010

bab 1

Amysha termenung jauh di sebuah bangku di tepi kolam taman sekolah. “woi..melamun jauh nampak! Ingat kat buah hati ke?” tegur Hidayah “Kau ni Yah tak boleh bagi salam dulu ke, main sergah aje. Kalau aku ada penyakit jantung,dah lama aku arwah tau!”terkejut Amysha dengan sergahan kawannya itu. “Sorry ye sayang…aku gurau je. Kau ni termenung sorang-sorang rindu kat abang Fazrul ke?” sakat Hidayah. “kau ni tak de kerja lain ke selain nak menyakat aku.” Amysha buat-buat merajuk. Dia tak ambil hati pun dengan sikap kawannya. Hanya Hidayah saja kawan yang dia ada. Kawan sewaktu dia susah dan senang. Teman sekolahnya yang lain lebih lebih suka meminggirkan dirinya. Namun begitu, Amysha dikenali ramai kerana kepintarannya dalam bidang akademi dan dia sering mewakili sekolah dalam acara sukan.
“aku bukan ingat kat Fazrul la. Tapi aku ada problem la sekarang ni.” Luah Amysha berat. Ekspresi wajah Hidayah berubah tiba-tiba. “masalah apa pulak. Ayah kau pukul kau lagi ke?” Tanya Hidayah sambil merenung tubuh Amysha dari atas ke bawah. Amysha serba-salah. Huhhh…satu keluhan berat Amysha lepaskan. “kadang-kadang aku rasa down sangat. Famiy aku semuanya tak sayang aku. Aku rasa aku ni bukan darah daging dieorang la.”
Hidayah meraih tangan Amysha. “kenapa kau cakap macam tu?” soal Hidayah dengan nada kehairanan. “semalam, mak aku marah kat aku, lepas tu dia terlepas cakap kat aku, kalau aku tak pelihara kau, tak tahulah kau jadi apa sekarang. Aku rasa aku bukan anak kandung dieorang. Aku tak sedap hati lah.” Luah Amysha. Sekurang-kurangnya beban di hati Amysha berkurangan selepas menuturkan kata-kata itu. “kau ni,janganlah ambil hati sangat. Mak kau tengah marah, macam-macam dia boleh cakap. Aku rasa mak kau salah cakap je tu.” Tutur Hidayah menyedapkan hati Amysha.
Sebenarnya dia juga resah mendengar luahan Amysha tadi. Tapi dia tak mahu menambahkan beban yang ditanggug oleh kawannya itu. “jom lah kita ke kantin. Aku belanja kau hari ni.” Ajak HIdayah untuk menceriakan suasana yang muram. Nantilah dia fikirkan masalah Amysha. Lagipun dia tak mahu kawannya itu sakit,kerana tak makan dan terlalu memikirkan masalah yang terlalu rumit untuk dirungkai.
Petang itu Fazrul Azzfar menghalakan kereta Proton Wira miliknya ke Taman Tengku Anis. Dia sudah berjanji dengan buah hatinya semalam untuk berjumpa hari ini. Dari jauh kelihatan Amysha sedang resah menunggu ketibaan Fazrul. Bibir Fazrul menguntum senyuman. Sungguh ayu gadis kesayangannya itu. Dia terpikat dengan keayuan dan keaslian wajah Amysha yang begitu lembut.
Padahal pada mula-mula dia melihat Amysha,gadis itu sedang lincah beraksi diatas padang. Sejak itu dia berusaha mendekati gadis yang telah membuat hati nya tak keruan. Agak sukar pada mulanya dia untuk menarik perhatian Amysha kerana Amysha seorang gadis agak susah untuk mempercayai orang. Tapi memang sudah ditakdirkan Amysha berkenalan dengan Fazrul. Sejak itu, Fazrul menjadi permata hati Amysha. Fazrul berasa begitu bahagia dan bangga dengan keadaan itu.
“Hai sayang! Dah lama tunggu?” tegur Fazrul. Satu ciuman singgah di dahi Amysha. “abang..Amysha ada masalah ni.” “Kenapa sayang? Ceritalah kat abang.” Amysha sangat menyenangi perlakuan Fazrul. Fazrul sememangnya seorang lelaki yang penyayang, romantik dan terlalu ambil berat tentang dirinya. Kerana itulah dia mencintai lelaki itu sepenuh hatinya. Sukar untuk dia gambarkan betapa dia sayang akan lelaki itu.
“abang..Mysha dah tak tahan lagi dengan perangai mak dan ayah. Setiap hari Mysha ditengking, dihina dan dicaci. Padahal kesalahan yang Mysha lakukan bukannya besar. Malah masalah yang tidak bersangkut paut dengan Mysha pun,Mysha jugak yang dipersalahkan. Mysha tahu, Mysha ni bukan anak kandung dieorang,tapi Mysha pun ada perasaan. Mysha tak tahu nak buat apa lagi.” Kolam mata gadis itu sudah basah dengan mutiara jernih. Dia sudah tidak sanggup menahan sebak dihatinya.
“Mysha, abang tak boleh nak buat apa. Mysha sabarlah. Itu semua dugaan Tuhan jadi kita kena tabah menghadapinya.” Amysha tersentuh dengan kata-kata lelaki didepannya. “Abang,selama ni Mysha dah cukup sabar. Mysha tahu..abang pun tak sudi nak tolong Mysha kan? Tak apalah..Mysha akan tanggung semuanya sendiri selagi Mysha mampu. Memang dah nasib Mysha macam ni.” Pipi gadis itu sudah basah dengan airmata. Dia sudah tidak mampu mengawal perasaan didadanya. Jiwa remajanya memberontak.
Tangan Fazrul mula mengenggam erat tangan Amysha. “sabar sayang.. abang sentiasa bersama Mysha, walau suka mahupun duka.” Tutur Fazrul sambil tangannya menyapu airmata dipipi gadis dihadapannya. “Abang..bawalah Mysha pergi jauh dari tempat ni.” Amysha meluahkan apa yang dipendamnya sejak tadi.
Amysha sudah nekad. Dia mesti meninggalkan rumah itu. Malam itu, Amysha mengemas pakaiannya. Dia memasukkannya ke dalam sebuah beg besar. Airmatanya dari tadi tak berhenti mengalir. Dia harus pergi jauh dari masalah yang dihadapi. Setelah selesai mengemas,dia menuju ke meja lalu mencapai sesuatu.
Assalamualaikum..
Mak dan ayah..
Amysha minta maaf.. Amysha tahu,Amysha dah tak diperlukan lagi. Amysha ni hanya menjadi beban pada ayah dan mak. Terima kasih pada mak dan ayah yang telah mendidik dan membesarkan Amysha selama ini. Mak dan ayah tak usah risau akan diri Amysha. Amysha akan jaga diri Amysha sebaik mungkin. Jangan cari Amysha. Amysha harap, kehidupan mak dan ayah sekeluarga akan lebih aman tanpa Amysha. Amysha memohon maaf andai Amysha banyak melukakan hati mak dan ayah. Jasa dan pengorbanan mak dan ayah Amysha akan kenang sehingga akhir hayat Amysha.
Selamat Tinggal!!!
Yang Benar,
AMYSHA
Amysha melipat helaian kertas itu. Lalu dimasukkan sampul surat berwarna putih. Dia meletakkan surat itu di atas meja soleknya sebelum dia melangkah kaki ke pintu biliknya. Dia menoleh belakang. Rasa sayu melanda perasaannya melihat bilik tidur yang telah dia gunakan sejak kecil lagi. Kini dia akan pergi meninggalkan bilik tidur itu untuk selama-lamanya. Untuk entah sekalian kalinya, airmata jernih gadis itu mengalir dengan deras sebaik saja pintu bilik itu ditutup kembali. Dia menjinjing beg ditangan nya dan dengan pantas menghayunkan kaki menuju ke pintu depan rumahnya.
Diluar rumah,Fazrul sedang menanti kehadirannya. “maaf bang. Mysha lambat. Susah nak keluar tadi.”tutur Amysha sebaik saja dia memboloskan diri di dalam perut kereta lalu duduk di sebelah Fazrul. “takpa sayang. Abang tak kesah. Sayang rehatlah. Perjalanan kita jauh ni.” Balas Fazrul lembut. Dia cuba menenangkan Amysha. Tangan Amysha menggengam erat tangan Fazrul. “terima kasih,bang.”tutur Amysha sambil bibirnya mengukir sebuah senyuman. Senyuman terima kasih untuk seorang lelaki yang amat dicintainya.

epilog duka

“Amysha! Amysha!...” Lamunan Farra Amysha terhenti setelah namanya dipanggil beberapa kali. ‘uhh..sampai tak sedar aku berangan!’ rungut Amysha di dalam hatinya. Akibat terlalu penat dan letih dia tenggelam dalam lamunannya sebentar tadi. “ Ada apa mak…?” soalnya kepada puan Mastura. “kamu tu balik sekolah muka macam ayam berak kapur je, penat sangat ke?” Amysha melangkah menghampiri ibunya. “Ya,mak. Tadi lepas kelas tambahan ada latihan bola jaring. Tak sempat nak rehat pun. Cikgu Junaidah terus arah kitaorang berkumpul kat tengah padang tu, dah la panas!” Amysha meluahkan perasan geram nya. Badannya yang masih dibaluti baju T-shirt sekolah lecun dengan peluhnya. “Dahla tu, pergi naik mandi,pastu solat asar terus.”Dia terus berlalu meninggalkan ibunya,dengan longlai dia melangkahkan kakinya mendaki anak tangga.
Sebalik saja dia menyelak daun pintu biliknya, dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik air di penjuru bilik tidurnya. ‘uh..segarnya!’ air yang disiram ketubuhnya ibarat mengalirkan satu ketenangan buatnya.
“Apa dosa saya bang? Apa dosa anak-anak kita? Kenapa abang berubah sampai begini sekali?” sayup-sayup kedengaran suara ibunya mendayu-dayu menagih simpati. Tentu ayahnya membuat ulah lagi. Hancur luluh hati gadis itu. Kenapa tiap hari perlu orang tua nya bertengkar. Getusnya didalam hati. Dia juga tidak berapa senang dengan sikap ayahnya akhir-akhir ini. Pulang ke rumah hanya untuk mengambil duit dari ibunya. Entah apalah dibuat diluar sana.
Dia juga sering menjadi mangsa kekejaman ayahnya. Pernah sekali, seminggu dia terlantar dirumah kerana badannya lebam-lebam akibat pukulan ayahnya. Yang dia hairan, kenapa ibunya tidak pernah manghalang dirinya diperlakukan begitu. Adakah ibunya juga bersetuju denagn tindaka n ayahnya. Soalan itu sering berlegar-legar difikirannya. Tapi tiada jawapan yang dia temui. Dia segera keluar dari bilik mandi,lalu memakai pakaiannya. Amysha membentangkan sejadah untuk menunaikan kewajipannya.
“Ayah balik ke tadi, mak?” soal Amysha sebaik sahaja melangkah kaki ke ruang dapur. “Kenapa mak? Mak gaduh dengan ayah lagi ke?” soalan Amysha dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Kedengaran ibunya melepaskan keluhan berat sambil mengesat airmata yang masih bersisa.
“Amysha tak payah masuk campur. Mak masih mampu menanggungnya seorang diri. Tugas Amysha hanya belajar. Tu je,faham!” Perit hati Amysha mendengar jawapan ibunya. ‘Buruk sangat ke aku ni,sampai aku tak layak berkongsi masalah dengan ibu ku sendiri.’ Amysha menahan sebak di dada. “Amysha hanya nak tolong mak. Bukan nak menyibuk..”
Mendidih hati Puan Mastura mendengar luahan anaknya. “Kau tu,kalau aku tak pelihara kau, aku tak tahulah kau jadi apa sekarang. Sedar diri tu sikit!!” Terpana Amysha mendengar kata-kata yang dituturkan oleh ibunya sesaat tadi. “Apa yang mak cakap ni? Amysha bukan anak mak ke??” Puan Mastura tersedar dari amarahnya tadi. Dia tidak terniat hendak berkata begitu. Tetapi dia terlalu sakit hati bila terkenag sikap kasar suaminya sebentar tadi. “Lupakanlah apa yang mak cakap tadi.” Hanya perkataan itu yang mampu dituturkannya. Perasaan Amysha tidak tenteram. Dia makin resah.

hye..........




maafla tuk yang follow blog ni...lame tak update...dalam aku menyepi tu,,bnyak benda blaku...aku kdg2 geram gn khidupan ku n orang disekeliling aku,,hmmmm..ntah la...kadang2 bosan gak ngan hidup ni...tapi aku sempoi je..........control semangat la katekan.......ni rase nk berjiwng jap...hmmmm2...

malam yang dingin begini,,
aku sendiri meniliti diri,,
jalan terbentang luas dihadapanku,,
aku keliru,,tak tahu hala tuju ku,,,
patut kah aku memilih jalan mengikut hati ku,,
ataukah mengikut jalan pemikiranku,,
ikut hati mati,,,ikut rse binasa,,,
walaupun seribu ranjau kan menhalangi,,,aku kan terus teguh berdiri,,
menghadapi liku2 hidup ni,,

dah..dah..dah...cukup berjiwang tu.......ok la......korang layan,bce n fhm karya aku yg akan ku publish jap agi erk,,,komen yg membina dialu-alukan,,,

dearest......
fara-mawarjingga

Selasa, 9 Mac 2010

menanti 1 realiti yang akan menentukan masa depan ku..


aku menunggu hari terima result sekarang....tak tahu la....aku memang risau giler sekarang,,,apalah yang bakal aku terima nanti...apa2 pun...aku dah buat yang terbaik waktu SPM hari tu....cuma subjek LK je aku cam gelabah sikit....aku memang tak leh lupa petang tu....aku memang tension dari pagi lagi...apa2 aku buat serba tak kena...sampailah aku masuk dalam dewan exam,,,mula2 aku jawab coll je...tp bila dh nak hbis mase...aku jadi gelabah...sampai aku lupa care nak jawab soalan tu....ia berkaitan macam mane nak lukis pandangan 2 titik....aku buat setakat aku ingat....tapi mmg aku tak sure ngan jawapan aku tu...aku kuar dewan dengan perasaan yang tak puas hati, bersalah..n sedih sangat...aku terfikir yang buakn2...mungkin aku tak boleh skor subjek tu...aku risau....betul2 risau.......sampai hari ni,...aku takleh lupa peristiwa dlm dewan ptg tu......

aku selalu berdoa semoga apa yang bakal aku dapat adalah yang terbaik...dan mungkin kalau something yang ironi berlaku...aku percaya ada hikmah disebaliknya.......
:-)

Isnin, 8 Mac 2010

mencari C.I.N.T.A.

Khamis, 4 Mac 2010

aku, cintaku, hidupku..


jika aku diam....mungkin aku marah..dan bukan aku benci..cuma sekadar memujuk hati yang telah kau calari..

jika aku lari....mungkin aku tak sudi..dan bukan kerana aku tak kesah..cuma sekadar mendamaikan rasa yang cuba engkau ledakkan..

jika aku cari....mungkin aku menyayangi..dan bukan tandanya aku rindu..cuma sekadar menjernihkan kekeruhan dulu..

jika aku kembali....tidak bermakna aku pemaaf..dengan mudah menelan nista..yang telah kau lemparkan padaku..

untuk insan yang pernah bertahkta dihati ini...
dahulu...aku terlalu mencintaimu..aku terlalu menyayangimu...aku tak pernah menyayangi mana2 lelaki seperti aku menyayangimu..namun...dengan segala kesetiaan, n keluhuran hatiku...kau gores luka dihatiku dengan sewenangnya..kau robek hati ini...hingga aku sudah tak sanggup menatap wajahmu lagi...aku benci....aku merana dengan sikapmu...pergilah kau dari hidupku...jangan pernah kembali lagi...jangan pernah memohon maaf atas segala kesalahanmu,,,kerana aku telah memaafkan semuanya dari hari pertama kau melukaiku...pergilah kau jauh dari hidupku....pergiiii...

suRpRiSe PaRtY Yg sO sWeEt..

hari penuh makne..
1 Mac 2010

hari ni birthday aku yg ke-18...
macam tahun2 lepas gak...aku tak buat apa2 parti pun tuk birthday aku...
apa yang special...mama ku wish birthday kat aku pg tu lam pkul 1 lebih la rasa yerr..
aku bersyukur sangat dapat mam yang sangat sayang kat aku...ma...along pun sayang ma...then.......tik..tik...one message received....msj dari shah....member aku yg ada kat kuantan...heppy birthday..hope psahabtan kita kekal forever...igt jugak minah ni kat aku....tp mane kawan2 aku yang lain ni....dorang tak ingat ker birthday aku ni...tapi biar r....
pagi tu aku mesej dari member aku(mazni)...die kata geng aku nak ajak jumpe esok...almaklum lah..kitaorang dah lama tak jumpe...lepas SPM hari tu...
aku pun terus cakap set r....kita jumpa nanti..
dalam pukul 11 pg...aku bersiap la......pakai lah lawa2 sikit.....nak jumpa geng r katakan....dengan t-shirt hitam dan jeans biru...aku dah ready nak gi ni....hey,,,,,,tiba2 jer aku rase gerramm giler kat adik laki aku...padahal aku dah booking awal2 dah kereta td...tp dia plak bawak kuar...ntah g mane ntah...ngan perasaan geram aku cakap kat mama..."ma....telfon r angoh tu...along nak gune kereta ni..." mama aku pun apa lagi...bila anak pompuan sulong dia bersuara..dia terus telfon adik aku tu...lame jugak aku menunggu...lepas 30minit...barulah deruman kereta kedengaran dari jauh.....
aku sebenar yer geram jugak gan adik aku tu..tapi sabar je r....malas nak rosakkan mood aku..."hantar along kat rumah zaty jap" aku terus bagi arahan bila badan mula memasuki perut kereta...adik aku pun terus drive la.....perasaan aku bertambah geram bila dia bawak kereta slow giler....biase yer die bawak kereta macam racer...tp hari ni....'cepat lah wei,,,,aku dah lewat ni' tp dalam hati je la...malas nak gaduh...almaklumla...adik aku ni ade perangai singa sikit..hehehe
pukul 12.55 aku sampai rumah kawanku... "nanti datang jemput along,tunggu along call"
"assalamualaikum...." mane lah dorang ni.....lame yer...dah lah ngah panas ni..."waalaikumussalam...wa,,,rindu yer aku kat kau.." Mazni menyapa dan mencium tanganku...cam biaselah...pahtu dayah pulak salam n cium pipi aku.....zaty plak muncul...wa...rindu aku kat kau....kiteorang pun duduk atas sofa kat ruang tamu..."mane linda,,,die tak join kite k?" "dia datang la jap agi tu..kita tunggu r.." lame jugak aku menunggu kedatangan linda...1jam jugak..
lepas penat borak n menunggu....si linda tu sampai r...aku pun bangun n salam die...
mazni n dayah ke dapur.....then..tiba2..."happy birthday to u...happy birthday to u wawa..happy birthday to you..." dengan sebiji kek dorang melangkah ke arahku........aku ingat dorang betul2 lupa birthday aku...rupa2 yer dorang nak wat surprise..
erm...walaupun party x besar mane....tapi aku betol2 hargai yer....thanks a lot my friends...aku sayang korang sangat...walaupun aku pernah wat silap....tapi korang tetap maafkan aku...tetap hargai aku...n tetap sayangkan aku...aku pun sayang korang.....

the ends....
sweet memory of 18 years old girl....

Rabu, 3 Mac 2010

BINGKISAN DARI HATI..





ketawa dan airmata.......


itu sebenarnya cinta.......


adakalanya ia amat menyakitkan....


adakalanya ia membuat kita sangat bahagia..


CINTA itu buta??? tak.....cinta itu tak buta....yang buta kita ni.....


cinta sejati tak dapat dijual beli, cinta lahir dari mata turun ke hati...


jangan sesekali salahkan cinta jika kita merana....


kerana kita sebenarnya yang melukakan hati kita..


hanya kerana terlalu taksub dengan hawa nafsu...sampai kita terlupa dimana batasan iman kita..


sedarkah kita bahawa HAWA NAFSU adalah penghalang paling besar dalam PERCINTAAN..


hanya KESETIAAN, KEBAHAGIAAN, KEIKHLASAN dan KEIMANAN di hati sepasang kekasih yang akan berjaya melepasi halangan itu...